Rem Tidak Jangka Tersingkir Dalam 'Gegar Vaganza 3'

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2016 5:30 AM

Rem sudah buat terbaik.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyanyi Rem reda apabila menerima markah terendah sehingga tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) minggu ketiga yang berlangsung di Auditorium MBSA, di sini, malam Ahad lalu.

Rem atau nama sebenarnya Ramzani Kassim, 42, berkata, dia sudah memberikan persembahan yang terbaik dalam menyampaikan lagu asli Penawar Rindu nyanyian asal Orked Abdullah.

"Saya tidak jangka terkeluar pada minggu ini tapi saya reda dengan apa yang berlaku, lagi pula tidak salah rasanya saya mencuba.

"Kalau diikutkan suara saya agak kasar dan kurang sesuai untuk lagu itu tapi saya bangga dengan diri sendiri kerana berjaya membawakan lagu itu dengan baik," ujarnya kepada mStar Online.

Rem diumum tersingkir pada malam konsert Gegar Vaganza 3.

Bagaimanapun, Rem berkata, biarpun perjalanan dalam GV3 sudah terhenti, namun dia bersyukur menerima peningkatan peminat di laman-laman sosial sepanjang menyertai pertandingan itu.

Katanya, dia tidak akan melepaskan peluang keduanya untuk muncul dengan single terbaharu berjudul Sinar Kasih ciptaan Anuar Razak.

"Saya akan meneruskan perancangan kerjaya seni dengan single baharu berjudul Sinar Kasih tidak lama lagi.

"Lagu ini sudah siap tetapi saya tangguhkan pelancarannya selepas Gegar Vaganza 3.

"Ini kerana program ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi, sekurang-kurangnya dengan penyertaan saya dalam Gegar Vaganza 3 ini peminat tahu yang saya masih ada dalam industri," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Rem , Gegar Vaganza 3

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan