Lufya Buat Persiapan Nikah Secara Sederhana

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2016 5:45 AM

Lufya bersama tunangnya Che Mohammad Hafiz.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Lufya Omar memberitahu pembatalan sidang medianya bagi mengumumkan perkahwinan dia dengan seorang doktor iaitu Che Muhammad Hafiz Oktober lalu bukan kerana hajat untuk berumah tangga berhadapan masalah.

Sebaliknya, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar 31, berkata, dia kini sedang sibuk membuat persiapan menjelang hari bahagia yang bakal berlangsung pada November ini.

"Saya mohon maaf terpaksa batalkan sidang media tersebut kerana masalah dalaman antara lokasi penaja dengan pihak kami namun, majlis perkahwinan akan tetap diteruskan dan persiapan perkahwinan dilakukan secara sederhana sahaja.

"Apa yang penting ialah perkahwinan itu dirahmati Allah dan kehidupan selepas berkahwin perlu dirancang dengan baik dari sekarang," ujarnya kepada mStar Online.

Lufya mengulas tentang perkembangan majlis perkahwinannya setelah majlis sidang media yang sepatutnya diadakan pada 10 Oktober lalu dibatalkan.

Kad jemputan majlis perkahwinannya bakal diedar tidak lama lagi.

Penyanyi dan pelakon itu mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada Ramadan lalu.

Sementara itu, Lufya berkata, tarikh sebenar untuk majlis perkahwinan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat berserta kad jemputan yang bakal diedarkan tidak lama lagi.

"Insya-Allah pada November ini dan tarikhnya nanti saya akan beritahu. Kami sudah buat keputusan untuk melangsungkan pernikahan dan resepsi pada hari yang sama," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Lufya berkata, drama lakonannya berjudul Umairah sedang ditayangkan di slot Samarinda TV3.

Drama 15 episod itu turut dibintangi oleh Amar Ashraf dan Shah Iskandar.

Tags / Kata Kunci: Lufya Omar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan