Soo Wincci Akhirnya Bergelar Doktor Selepas Enam Tahun Berusaha

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2016 2:30 PM

Soo Wincci bersama ijazah doktor falsafah (PhD) yang diterimanya. Foto LOW LAY PHON

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas enam tahun berusaha, penyanyi dan pelakon Soo Wincci akhirnya bergelar doktor falsafah (PhD) selepas menerima ijazah itu dalam bidang Pengurusan Perniagaan pada majlis konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Isnin.

Soo Wincci, 31, berkata, dia terharu apabila pengorbanannya selama tempoh itu untuk mengejar cita-cita itu akhirnya berbaloi dengan penganugerahan yang diterimanya.

"Saya berbangga akhirnya dapat menghabiskan pengajian selama enam tahun biarpun ada satu tahap saya rasa hampir putus asa.

"Ramai juga rakan menganggap saya gila kerana terlalu kuat bekerja dan membahagikan dalam pelbagai bidang.

"Saya berharap dengan ijazah kedoktoran ini dapat menjadi inspirasi kepada pelajar dan selebriti lain yang mahu menyambung pengajian mereka semula," ujarnya kepada mStar Online.

Soo Wincci.

Ijazah berkenaan disampaikan oleh Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim.

Dalam pada itu, Soo Wincci berkata, biarpun berjaya menamatkan pengajian peringkat tertinggi itu, dia tidak akan berhenti untuk berbakti dalam bidang akademik.

Kata Soo Wincci, dia merancang untuk meneruskan usaha menyemai rasa cinta kepada akademik menerusi kempen dan program-program yang dianjurkan pihak universiti.

"Usaha saya dalam bidang akademik tidak akan putus setakat ini sahaja, lepas ini saya akan aktif memberi ceramah-ceramah di sekolah atau program akademik.

"Selain itu, saya juga merancang untuk menjadi pensyarah separuh masa di universiti ini (OUM), semuanya masih dalam peringkat perbincangan," ujarnya.

Pada majlis tersebut, Soo Wincci turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.

Soo Wincci juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Tags / Kata Kunci: Soo Wincci

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan