Hubungan Alif (Sleeq) & Isteri Lebih Erat Kerana Berjauhan

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2016 5:45 AM

Alif bersama isteri dan anaknya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:Penyanyi dan komposer Alif (Sleeq) berkata, berjauhan dengan isterinya Azzah Fariha yang berada di Singapura menjadikan hubungan mereka lebih erat.

Alif atau nama sebenarnya Alif Abdullah, 27, perkara tersebut membuatkan dia lebih menghargai setiap masa ketika bersama isteri dan anaknya Alana yang kini berusia lima bulan. 

"Saya balik ke Singapura boleh dikatakan setiap minggu kerana terlalu rindu dan saya akui ada baiknya hubungan berjauhan ini.

"Bila balik ke Singapura, saya akan habiskan masa dan menghargai setiap masa dengan mereka.

"Apa yang penting ialah kualiti bukan kuantiti masa yang dihabiskan dengan mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Alif berkahwin dengan Azzah Fariha pada 13 September 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata Alana Alif, kini berusia lima bulan.

Dalam pada itu, penyanyi laguTepi Sikit  ini mengakui terkilan apabila tidak dapat melihat pembesaran anak sulungnya itu di depan mata.

Namun, dia akur terhadap pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk mencari rezeki keluarganya.

"Setiap hari saya facetime tapi rasa tidak puas untuk melepaskan rindu dan saya paling sedih jika terlepas peluang melihat dia pandai melakukan sesuatu yang baru," ujarnya.

Sementara itu, Alif mengakui ahli keluarganya meminta dia kembali meneruskan kerjaya seni di Singapura selepas ibunya meninggal dunia Februari lalu.

Bagaimanapun, Alif berkata, isterinya tidak membenarkan pulang ke Singapura sebaliknya memberi kepercayaan kepadanya untuk terus mencari rezeki di negara ini.

"Selepas ibu meninggal memang ahli keluarga minta saya balik ke Singapura dan meneruskan kerjaya seni di sana.

"Hanya isteri sahaja yang beri dorongan dan galakkan kepada saya untuk terus tinggal di sini, dia faham bagaimana susah saya untuk mencipta nama di sini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Alif Sleeq

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan