9 Bulan Tiada Single Baharu, Najwa Latif Sibuk Dengan Kuliah - Berita Hiburan | mStar

9 Bulan Tiada Single Baharu, Najwa Latif Sibuk Dengan Kuliah

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2016 5:40 AM

Najwa Latif tampil dengan single terbaharunya berjudul Biar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Najwa Latif memberitahu mengambil masa hampir sembilan bulan untuk melancarkan single terbaharunya yang berjudul Biar kerana sibuk dengan pengajiannya di Universiti Antarabangsa UNITAR di sini.

Najwa, 21, bagaimanapun berkata, sepanjang tempoh itu dia tidak berdiam diri sebaliknya tetap menyusun langkah dalam bidang seni dengan caranya tersendiri.

"Jadual kuliah yang agak padat menyebabkan masa agak kurang untuk menghasilkan lagu baharu dan baharu sekarang dapat melancarkan Biar.

"Bagaimanapun tempoh itu juga saya gunakan untuk menyusun strategi dan langkah seterusnya dalam bidang seni," katanya.

Najwa yang kini berada di tahun akhir dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Biar adalah single ke-12 penyanyi yang popular menerusi lagu Cinta Muka Buku itu dan ia adalah hasil ciptaannya sendiri dan lirik oleh Ika Latif.

Dalam pada itu, Najwa berkata, dia tidak mensasarkan harapan tinggi untuk lagu terbaharunya itu namun berharap ia dapat menjadi inspirasi kepada peminat.

Katanya, Biar adalah sebuah lagu yang disiafkan sebagai moden dan segar selari dengan muzik arus perdana namun masih mempunyai unsur cinta dalam lirik.

"Saya mahukan sebuah lagu yang santai selain melodi berbaur pop dan 'cathcy' tetapi masih dapat memberi gambaran terhadap kematangan selari dengan peningkatan usia saya.

"Bagaimanapun liriknya masih dekat dengan pendengar iaitu cinta yang sesuai untuk semua selain menyelit mesej tertentu di dalamnya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Najwa Latif , Biar
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan