Konsert Di Singapura Permulaan Gabungan Semula Exists

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2016 6:00 AM

Kumpulan Exists bakal mengadakan konsert di Singapura pada 2 Disember depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Konsert istimewa Exists di Singapura pada 2 Disember depan dilihat sebagai permulaan gabungan semula kumpulan terkenal era 90-an itu.

Pemain drum Exists, Ujang berkata, adalah menjadi harapan mereka untuk kembali bersatu sebagai kumpulan dengan mengadakan lebih banyak persembahan bermula tahun hadapan.

"Sebenarnya memang ada hasrat untuk kembali dengan reunion penuh Exists dan konsert di Singapura ini merupakan pembuka kepada hasrat kami ini.

"Adalah menjadi harapan kami untuk memulakan sesuatu bersama Exists pada tahun hadapan," katanya.

Konsert yang diberi nama Throwback Exists itu bakal berlangsung di Far East Square, Singapura bermula pukul 7 malam.

Penyanyi baharu, Khai Bahar pula bakal diundang sebagai artis pembuka tirai pada konsert itu nanti.

Ia dianjurkan oleh pihak CMX International dan Frankoland Management.

Dalam pada itu, Ujang berkata, mereka memilih Singapura atas permintaan peminat yang merindukan kemunculan mereka di pentas selepas kali terkahir mengadakan konsert di negara berkenaan 10 tahun lalu.

“Ramai para peminat di Singapura yang bertanyakan tentang konsert atau persembahan Exists maka kami ingin menunaikan pemintaan para peminat.

"Atas sebab itu juga kami namakan konsert itu dengan nama Throwback Exists," katanya.

Sementara itu, Ujang berkata, konsert itu nanti bakal menampilkan lagu-lagu hits seperti Mengintai Dari Tirai Kamar, Alasanmu, Jesnita dan Masih Terserlah Ayumu menerusi persembahan selama satu jam.

“Kami akan memulakan sesi latihan pada bulan November ini kerana waktu ini setiap anggota kumpulan masih sibuk dengan jadual masing-masing.

"Ezad juga masih dalam proses terapi tetapi Along sudah memulakan proses pra-produksi,” ujarnya lagi.

Ujar Ujang lagi, mereka tetap mengekalkan susunan muzik yang sama tetapi memberikan sedikit suntikan segar terhadap lagu-lagu yang bakal disampaikan.

Untuk rekod, Exists pernah muncul dengan sembilan buah album studio iaitu Exist (1991), Anugerah (1993), Diammu Gunung Berapi (1995), Jangan Gentar (1997), Mutan (1998), Ada (2001), Seperti Dulu (2003), Paragon (2004) dan Hits Rakaman Semula (2007).

Tags / Kata Kunci: Exists , Throwback Exists

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan