'Cik Celah Bedah' Tukar Tajuk Kerana Berbaur Lucah

Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2016 12:33 AM

Nonny Nadirah memegang watak Bedah dalam drama 'Cik Celah Bedah' yang ditukar tajuknya kepada 'Bedah Motor'.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Telefilem Cik Celah Bedah yang akan menemui penonton di TV9 pada Isnin ini diarahkan tajuknya ditukar atas alasan ia berbaur lucah.

Pengarah drama itu Shuhaimi Lua Abdullah berkata, arahan berkenaan dikeluarkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mahu judulnya digantikan dengan Bedah Motor.

"Pihak LPF melihat judul asal drama itu sebagai lucah dan mencadangkan tajuknya ditukar namun saya tidak mempunyai sebarang isu kerana ia tidak melibatkan kandungan drama tersebut," katanya kepada mStar Online.

Drama genre komedi terbitan Tanah Beris Film Production itu akan menemui penonton pukul 8.30 malam yang membariskan pelakon antaranya Niezam Zaidi, Nonny Nadirah, Lia Natalia, Sharifah Shahora dan Rosnah Mat Aris.

Niezam Zaidi dan Lia Natalia dalam Bedah Motor.

Kata Shuhaimi drama itu berkisar kisah seorang graduan bernama Bedah lakonan Nonny Nadirah yang mencari rezeki dengan melakukan kerja penghantaran makanan.

Ujarnya, dengan menunggang sebuah motosikal, Bedah akan menghantar makanan yang dipesan di merata tempat dan sering 'mencelah' ketika membawa kenderaan itu untuk cepat tiba ke sesebuah lokasi.

"Celah bedah yang saya maksudkan apabila individu ini suka mencelah-celah ketika menunggang motosikal, itu saja.

"Tapi mungkin tajuk itu kelihatan kurang manis, sebab itu ia ditukar kepada Bedah Motor," ujarnya.

Tambahnya, telefilem itu sarat dengan pengajaran kerana Bedah  akhirnya berjaya membeli 'food truck' hasil usahanya itu.

Menurut Shuhaimi, apa yang hendak diketengahkan dalam drama tersebut ialah kesungguhan seseorang untuk mencapai sesuatu yang dihajati dengan berusaha.

"Drama ini sedikit pun tidak ada unsur-unsur lucah sebaliknya sarat dengan pengajaran.

"Apa yang penting, pelakon-pelakon yang diketengahkan bukannya pelawak namun mereka berjaya membawa watak dengan baik bagi sebuah genre komedi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Shuhaimi Lua

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan