Foto Viral Jadi Guru Pelatih Buka Rezeki Puteri Aishah

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016 6:00 AM

Karier lakonan Puteri Aishah semakin berkembang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2015/2016 iaitu Puteri Aishah tidak menyangka gambarnya ketika menjadi guru pelatih di sebuah sekolah rendah pada 2014 yang menjadi viral membuka rezekinya dalam bidang seni sebagai pelakon.

Aishah atau Puteri Aishah Sulaiman, 22, berkata, dia menganggap penyebaran gambarnya itu membawa tuah sejak mula serius dalam bidang lakonan akhir tahun lalu.

"Syukur Alhamdulillah walaupun gambar saya yang menjadi viral itu sudah dua tahun berlalu tetapi masih ramai mengingatinya malah ada yang tetap memanggil saya Cikgu Aishah.

Aishah ambil kelas lakonan.

"Peluang dalam bidang lakonan juga semakin banyak gara-gara gambar berkenaan namun saya tidak boleh sambil lewa kerana kepercayaan diberikan perlu saya galas dengan baik," katanya kepada mStar Online.

Gambar Aishah yang tersebar sebelum ini bertambah kecoh kononnya bapa seorang murid di sekolah tersebut mengirimkan surat cinta kepadanya.

Dalam pada itu, Aishah berkata, sebagai pendatang baharu banyak perkara yang perlu dipelajarinya dan dia masih terdapat kelemahan sebagai pelakon.

Aishah mendedahkan, dia pernah menangis gara-gara tidak dapat menzahirkan wataknya dengan baik selain berasa kekok ketika berada di set penggambaran.

"Saya masih ingat ketika itu saya berlakon dalam drama Akulah Balqis arahan Erma Fatima, saya menangis kerana tidak yakin dengan diri sendiri.

"Tetapi saya tetap diberi peluang selain mencuba sehabis baik kerana memikirkan kepercayaan diberikan oleh pengarah terhadap saya," katanya.

Dia turut mengambil kursus lakonan bersama pelakon terkenal, Fauziah Nawi bagi mempelajari ilmu bidang berkenaan.

Sementara itu, Aishah yang mempunyai Diploma Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) berkata, buat masa ini dia belum berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya kerana ingin memberi tumpuan kepada bidang seni terlebih dahulu.

Gambar viral Aishah ketika bertugas sebagai guru pelatih.

"Saya ada perancangan untuk sambung ke peringkat ijazah tetapi buat masa ini jadual yang padat membuatkan saya tangguhkan dahulu hasrat itu.

"Insya-Allah suatu hari nanti saya tetap akan kembali ke universiti kerana memegang segulung ijazah adalah impian saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aishah berkata, dia bakal muncul dengan filem pertamanya berjudul Pulang arahan Kabir Bhatia dan digandingkan bersama Remy Ishak.

Selain itu, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Cik Cinderella dan Cik Tengku, Yang Terakhir Untukku dan Cinta Rollercoaster.

Aishah juga bakal bertindak sebagai hos bersama Anugerah Skrin 2016 yang bakal berlangsung pada 18 Disember depan.

Tags / Kata Kunci: Puteri Aishah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan