Raih Peminat Ramai Bukan Kelebihan Buat Ayda Jebat

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 5:45 AM

Ayda Jebat tidak melihat mempunyai pengikut ramai di laman sosial memberi kelebihan dalam meraih undi peminat. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ayda Jebat tidak melihat pengikut yang ramai di laman sosial sebagai satu kelebihan dalam meraih undi peminat apabila namanya dicalonkan dalam mana-mana anugerah.

Ayda atau Nur Suhada Jebat, 23, berkata, ada di antara mereka sebenarnya adalah haters (pembenci) yang memantau pergerakan dan aktiviti seninya.

"Pada saya tiada jaminan apabila kita mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial akan memperoleh kelebihan sekiranya nama dicalonkan dalam mana-mana anugerah yang memerlukan undian.

"Ramai pengikut tidak semestinya mereka peminat dan boleh jadi ada di antara mereka adalah haters dan pengikut yang tidak aktif," katanya kepada mStar Online.

Ayda dicalonkan menerusi tiga kategori dalam Anugerah Melodi 2016 iaitu Personaliti Muzik Melodi, Personaliti Media Sosial Melodi dan Personaliti Sensasi Melodi 2016.

Untuk rekod, Ayda mempunyai dua juta pengikut di Instagram.

Ayda mempunyai pelbagai perancangan untuk karier seninya.

Dalam pada itu, Ayda berkata, dia sentiasa bersyukur apabila mendapat pencalonan dalam majlis anugerah yang diadakan walaupun ia berteraskan kepada populariti dan bukannya dinilai oleh juri profesional.

Kata Ayda, dia melihat perkara itu yang mempunyai nilai tinggi sekiranya dia menang kerana ia adalah atas usaha peminat membuat undian.

"Siapa yang tidak mahu menggengam trofi yang diberikan atas penilaian juri profesional?

"Tetapi saya bersyukur dengan apa yang diberikan malah sudah dicalonkan pun saya gembira apatah lagi menang kerana ia adalah atas usaha undian peminat," ujarnya.

Sementara itu, Ayda berkata, sebagai pelakon dan penyanyi dia sentiasa berusaha memberikan terbaik bukan semata-mata untuk mengejar anugerah tetapi demi peminatnya.

Malah katanya, dia sudah mempunyai pelbagai perancangan untuk pembangunan karier seninya pada masa hadapan.

"Saya ada pelbagai perancangan untuk meningkatkan karier lakonan dan nyanyian tetapi menunggu masa sesuai.

"Tetapi dalam masa terdekat Insya-Allah saya akan muncul dengan filem Pinjamkan Hatiku bersama Shaheizy Sam dan sudah ada beberapa lagu untuk dilancarkan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ayda Jebat , Anugerah Melodi 2016

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan