Tasha Shilla Berehat Setahun Akibat Trauma Putus Cinta

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 2:26 PM

Tasha Shilla kembali berlakon selepas setahun berehat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla memberitahu dia mengambil masa setahun untuk berehat daripada mengambil sebarang tawaran lakonan selepas putus cinta dengan bekas kekasihnya Han Wong tahun lalu.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 29, berkata, dalam tempoh rehat tersebut dia cuba merawat hatinya yang terluka dan mencari ketenangan.

"Saya berehat setahun kerana putus cinta, saya tolak tawaran lakonan kerana saya tidak mahu fokus saya terganggu kerana perasaan sedih akibat putus cinta itu.

"Saya banyak meluangkan masa bersama keluarga dan cuba mencari ketenangan dengan menyayangi diri saya sendiri sebelum saya kembali semula bekerja," ujarnya kepada mStar Online.

Tasha diminta mengulas tentang perkembangan kerjaya lakonannya selepas beberapa kontroversi yang dilalui awal tahun 2015.

Sementara itu, aktres yang kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Dia Cinta Kita yang bakal disiarkan di slot Azalea itu berkata, dia sudah mula kembali berlakon selepas menyertai Gempak Superstar Mac lalu.

"Selepas kembali semula saya sudah berlakon empat telefilem, namun belum lagi disiarkan dan bakal menjayakan sebuah teater Disember ini.

"Alhamdulillah, sekarang saya mulakan hidup yang baharu selepas berehat dan benar-benar bersedia untuk kembali semula dalam dunia lakonan," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang teman hidup, Tasha berkata, dia masih belum bersedia untuk menerima mana-mana lelaki sebagai kekasih.

Katanya, dia masih trauma dengan peristiwa yang dilalui tahun lalu dan tidak sanggup untuk berhadapannya sekali lagi.

"Kejadian putus cinta tahun lalu buat saya trauma untuk bercinta lagi dan sekarang bukan masa yang sesuai untuk saya berkawan rapat dengan lelaki.

"Buat masa ini saya hanya mahu fokus dengan kerjaya saya dan keluarga sahaja," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Tasha Shilla

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan