Isey Tidak Tertekan '3 Juara' Bersaing Dengan 'Gegar Vaganza'

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 5:45 AM

Isey (kanan) bersama Mira Filzah dan Ammar Titan semakin serasi mengendalikan program 3 Juara.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak dan pengacara Isey berkata, dia tidak meletakkan sebarang tekanan dalam mengendalikan program realiti 3 Juara ketika rancangan itu turut bersaing dalam merebut jumlah penonton dengan Gegar Vaganza 3.

Isey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 29, berkata, 3 Juara merupakan program realiti yang masih baharu terbitan TV3, jika dibandingkan dengan GV3 siaran Astro yang sememangnya sudah mempunyai pengikut tersendiri.

"Saya tidak letak sebarang tekanan untuk bersaing dan menarik perhatian penonton untuk menonton 3 Juara.

"Kami buat sebaik mungkin dan tidak mahu letak beban yang hanya membuatkan kami menjadi tertekan sahaja.

Isey gementar kendalikan 3 Juara.
"Apa yang penting ialah fokus memberi penyampaian terbaik setiap minggu," ujarnya.

Isey mengendalikan program 3 Juara bersama Mira Filzah dan Ammar Titan yang berlangsung setiap Ahad pukul 9 malam.

Dalam pada itu, Isey mengakui masih berasa gementar setiap kali mula bersiaran biarpun sudah mempunyai pengalaman mengendalikan rancangan siaran langsungMentor Milenia.

Katanya, banyak perkara yang perlu dititik beratkan ketika bersiaran secara langsung terutamanya kata-kata yang boleh menyentuh perasaan dan sensitiviti masyarakat.

"Saya memang ada pengalaman jika bersiaran langsung perasaan gementar sudah tentu ada kerana banyak yang peru dijaga.

"Kita tidak mahu ada perkara terlepas cakap yang boleh menimbulkan masalah pula. Sebab itu kami akan buat latihan secukupnya sebelum mula bersiaran," ujarnya.

Tambahnya, mereka mula mendapat keserasian pada konsert kedua malam Ahad lalu.

Dalam pada itu, bercerita tentang perkembangan kerjaya, Isey bersyukur apabila sentiasa diberi peluang untuk meningkatkan kerjayanya dalam bidang penyiaran.

Dia juga tidak mahu mengsia-siakan kepercayaan yang diberikan dan berusaha untuk memberikan yang terbaik.

"Alhamdulillah, daripada segi peningkatan kerjaya saya bersyukur diberi peluang yang banyak termasuk menjadi penyampai radio di Hot FM untuk segmen Jejaka Dia pukul 4 hingga 6 petang.

"Saya juga baru sahaja balik dari Jepun kerana terlibat dalam sitkom JKKK kampung bersama Jep Sepahtu, Ebby Yus, dan Sari Yanti. Sitkom akan bersiaran tidak lama lagi," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Isey , 3 Juara

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan