Redza Rosli Sangkal Dakwaan 'Pilih Bulu' Terhadap Syarikat Produksi

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2016 5:55 AM

Redza sangkal dakwaan bersikap pilih bulu terhadap produksi yang ingin mengambilnya berlakon.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Redza Rosli menyangkal dakwaan bersikap pilih bulu terhadap syarikat produksi yang menawarkan tawaran lakonan kepadanya apabila sering dilihat berlakon dibawah produksi sama iaitu Zeel Production.

Redza atau Ahmad Redza Rosli, 24, sebaliknya berkata, dia sentiasa terbuka untuk berlakon dibawah mana-mana produksi namun tidak menafikan rezekinya banyak bersama syarikat produksi berkenaan.

"Isu pilih bulu atau sesuatu syarikat produksi tidak pernah timbul dan saya menyangkal perkara itu.

"Jujurnya saya terbuka untuk berlakon dengan mana-mana syarikat produksi cuma saya mengutamakan produksi yang terlebih dahulu membuat tawaran.

"Harus saya akui kebanyakan projek lakonan saya bersama Zeel Prodcution tetapi itu kerana pihak produksi pantas membuat tawaran lain meskipun penggambaran drama belum selesai," katanya.

Redza bersyukur rezekinya dalam bidang seni tidak pernah putus.

Dalam pada itu, Redza berkata, dia tidak pernah mengamalkan sikap membodek seperti didakwa sesetengah pihak bagi mendapatkan projek sehingga dia dilihat anak emas syarikat produksi berkenaan.

Katanya, tuduhan sedemikian adalah tidak adil kerana sepanjang tiga tahun berkecimpung dalam bidang seni secara serius dia sentiasa mengutamakan disiplin dan kualiti kerja untuk mencipta nama.

"Alhamdulillah rezeki saya dalam bidang seni sebenarnya tidak putus-putus sejak tiga tahun lalu.

"Pada saya tidak timbul isu bodek, anak emas atau apa sahaja tanggapan buruk kerana saya yakin jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan menjaga kualiti kerja, saya tidak perlu bodek sesiapa pun.

"Insya-Allah kerja keras itu akan dibayar dengan kemanisan yang kadang-kadang kita sendiri tidak sangka," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Redza berkata, dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jatuh Cinta Buta bersama Zara Zya terbitan Zeel Production untuk siaran Astro Ria.

Selain itu drama bersiri lakonannya bersama Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan iaitu Seindah Takdir Cinta pula tercalon dalam Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) menerusi kategori Drama Rantaian Terbaik.

Tags / Kata Kunci: Redza Rosli , Zeel Production , ASK2016

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan