Nona Terkejut Bersaing Dengan Artis Hebat Dalam AIM22

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2016 5:30 AM

Nona berharap namanya dikenali selepas AIM22.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendatang baru iaitu Nona berasa terkejut apabila namanya dipilih untuk bersaing dengan artis-artis hebat dalam Anugerah Industri Muzik ke 22 (AIM22) yang akan berlangsung pada 18 Disember depan.

Nona atau nama sebenarnya Rosmawatie Thamrin, 21, berkata, biarpun kurang dikenali, dia bersyukur kerana menerusi sebuah single iaitu 'Takkan Biarkan', dia layak untuk berada sebaris dengan Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor dan Najwa Mahiaddin.

Nona sebelum ini pernah menyertai program Akademi Fantasia pada 2013.
“Sebenarnya saya sangat terkejut saat dimaklumkan oleh syarikat rakaman  KRU Music mengenai perkara ini dalam situasi orang masih belum mengenali diri dan lagu saya apatah lagi berada dalam kategori yang dimonopoli artis-artis senior,” katanya kepada mStar Online.

Dalam AIM22, kesemua mereka akan berentap bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita).

Nona merupakan Naib Juara pertandingan Program Rockers 2015 anjuran KRU Music sebelum ditawarkan menjadi artis syarikat rakaman itu sebelum mempunyai sebuah single berjudul 'Takkan Biarkan' ciptaan Yusri KRU.

Sebelum menyertai KRUMusic, dia merupakan peserta Top 12 Akademi Fantasia 2013 sebelum tersingkir pada minggu ke empat.

Dalam pada itu Nona berkata, dia tidak mengharapkan apa-apa kemenangan dan menyerahkan segala keputusan kepada pihak juri kerana baginya, dicalonkan dalam anugerah itu sudah cukup membuatkan dia berasa bangga.

“Sebenarnya sejak diumum sebagai tersingkir dalam AF, saya terus putus semangat dan mengambil keputusan untuk balik ke kampung di Kota Kinabalu, Sabah sehinggalah saya kembali semula ke Kuala Lumpur selepas hampir tiga tahun menyepikan diri,” katanya.

Jelas anak bongsu lima beradik ini lagi, sekalipun singlenya itu tidak mendapat liputan meluas, dia tetap bersyukur kerana sering diundang untuk menjayakan pertunjukan pentas menerusi program-program anjuran radio dan media massa.

AIM22 akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur dan akan disiarkan secara langsung di Astro Ria (Saluran 104) dan Maya HD (Saluran 135) pada pukul 9 malam.
Tags / Kata Kunci: Nona

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan