Zara Zya Kongsi Pengalaman Rugi RM30,000 Buat Produk

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 6:00 AM

Zara Zya mengakui pernah mengalami kerugian sebanyak RM30,000 apabila perniagaan diusahakannya tidak menjadi. Foto LOW LAY PHON

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zara Zya pernah mengalami kerugian sebanyak RM30,000 apabila pelaburan untuk mengeluarkan produk atas jenamanya sendiri tidak menjadi.

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 31, berkata, walaupun produk kosmetik diusahakannya itu gagal namun dia mengakui pengalaman dilalui ketika itu banyak mengajarnya tentang selok-belok dunia perniagaan.

"Ketika itu saya fikir ada produk, laman sosial dan sedikit pengaruh sebagai selebriti dapat melariskan produk saya tetapi sebenarnya tidak.

"Saya langsung tiada pelan perniagaan untuk memastikan produk saya dipasarkan dengan betul dan hanya bergantung harap dengan apa yang ada di depan mata sahaja.

"Akibatnya saya kerugian RM30,000 tetapi itu adalah harga saya belajar bagaimana untuk memulakan perniagaan dengan betul," katanya kepada mStar Online.

Perniagaan yang diusahakan oleh Zara kini semakin mendapat sambutan.

Tambah Zara, ketika itu dia sedikit berasa ralat kerana wang berkenaan dipinjam daripada ibunya.

Bagaimanapun, dia tidak pernah berputus asa untuk terus mencuba dan menggunakan pengalaman dilalui sebelum ini sebagai iktibar dalam memastikan dia tidak mengulangi kesilapan serupa.

"Saya mula buat kajian tentang apa yang pelanggan suka malah melihat daripada sudut produk paling dekat dengan saya selain menyusun strategi terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang produk.

"Saya memilih untuk menjual tudung, losyen dan bedak asas kerana itu merupakan barangan yang sering saya gunakan dan Alhamdulillah penerimaan pelanggan sangat baik.

"Sehingga kini produk bawah jenama saya masih bertahan malah saya merancang untuk membuka sebuah butik pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu, Zara berkata, dia memilih untuk menceburi bidang perniagaan kerana tidak boleh bergantung kepada hasil daripada lakonan semata-mata.

Katanya, dia perlu melakukan sesuatu untuk menambahkan pendapatan kerana realitinya kerjaya sebagai pelakon bukan semewah disangka oleh sesetengah pihak.

"Orang luar hanya nampak kehidupan selebriti dari segi luaran yang dilihat gah dan penuh glamour tetapi realitinya bukan begitu.

"Saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan kerana ingin meningkatkan ekonomi dan tidak boleh mengharapkan hasil daripada berlakon sahaja," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Zara Zya , ASK2016

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan