Bunkface Sasar 6,000 Hadir Konsert Sempena Ulang Tahun Ke-10

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 5:45 AM

Bunkface menyasarkan 6,000 peminat hadir pada konsert Bunkface X Live In Kuala Lumpur yang bakal diadakan pada 24 Disember depan. Foto ROHAIZAT DARUS

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bunkface menyasarkan seramai 6,000 peminat akan hadir pada konsert Bunkface X Live In Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 24 Disember depan.

Vokalisnya, Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharom, 28, berkata, atas dasar itu juga mereka memilih Stadium Chin Woo di sini sebagai lokasi bagi membolehkan lebih ramai penonton hadir.

"Kami boleh pilih lokasi lebih kecil seperti KL Live tetapi ia hanya mampu memuatkan 2,000 penonton berbanding Stadium Chin Woo iaitu 6,000.

"Bersempena ulang tahun ke-10 Bunkface kami ingin melihat lebih ramai peminat hadir tambahan pula lokasi tersebut strategik dan berdekatan dengan stesen LRT," katanya kepada mStar Online.

Bunkface ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Menara Kuala Lumpur di sini, Khamis.

Konsert anjuran Bunkface Production Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia itu bakal berlangsung selama dua jam bermula pukul 8 malam.

Dalam pada itu, Sam berkata, pada konsert itu nanti mereka bakal menyampaikan 20 buah lagu termasuk lagu baharu.

Bunkface bakal menyampaikan 20 buah lagu buat peminat pada konsert itu nanti. 

Malah kata Sam, mereka juga akan memberi penekanan kepada aspek teknikal seperti bunyi dan pencahayaan bagi memberi impak kepada persembahan mereka.

"Sebelum ini kami pernah mengadakan beberapa konsert dan mengesan masalah yang perlu diperbaiki.

"Jadi untuk konsert bersempena 10 tahun ini kami pastikan semua kesilapan yang pernah berlaku sebelum ini tidak berulang.

"Kami bukan hanya memfokuskan kepada senarai lagu sahaja tetapi aspek teknikal seperti bunyi dan pencahayaan kerana ia turut memberi impak," jelasnya.

Sementara itu, Sam berkata, mereka sudah pun memulakan latihan untuk konsert berkenaan dan menjanjikan persembahan terbaik.

Sebagai bonus untuk peminat, Sam berkata, mereka akan melancarkan album kompilasi berjudul Bunkface X pada awal Disember depan sebagai tanda terima kasih kepada pengikut setia mereka.

Tiket Konsert Bunkface X Live In Kuala Lumpur boleh didapati di www.myticket.asia dan ia dijual pada harga bermula RM50.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan