Hajat Azrel Ismail Berlakon Dengan 'Kembarnya' Remy Ishak Tercapai

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 5:50 AM

Azrel Ismail teruja dapat bergandingan dengan Remy Ishak dalam filem Pulang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Azrel Ismail tidak menyangka impiannya untuk berlakon di samping Remy Ishak tercapai apabila mereka digandingkan dalam filem terbaharu arahan Kabir Bhatia berjudul Pulang.

Azrel, 30, berkata, dia teruja akhirnya dapat bertemu dengan Remy kerana sebelum ini tidak pernah bertentang mata walaupun sering kali wajahnya dikatakan mempunyai iras aktor terkenal itu.

"Apabila saya diberitahu Remy juga turut berlakon dalam filem itu saya sangat teruja bukan kerana wajah saya yang dikatakan miripnya tetapi memang saya meminatinya.

Azrel bakal bertindak sebagai hos bersama ASK2016.
"Jujur saya tidak pernah bertemu dengannya sebelum ini dan peluang bergandingan dengannya adalah satu memori indah dalam karier saya," katanya kepada mStar Online.

Bercakap lanjut mengenai filem Pulang, Azrel berkata, dia memegang peranan sebagai anak kepada Remy dan memberitahu senang bekerjasama dengan aktor berkenaan.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan mungkin kerana wajah kami yang dikatakan ada iras membuatkan pengarah mengandingkan kami sebagai anak dan bapa," ujarnya.

Dalam pada itu, Azrel berkata, dia berharap pemilihannya sebagai hos bersama Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) pada 18 November depan dapat membuka ruang lebih besar kepadanya dalam bidang pengacaraan selepas ini.

Jelas Azrel, selain lakonan dia meminati cabang seni tersebut dan ingin lebih serius menjadi pengacara pada masa hadapan.

"Pertama kali saya diberi kepercayaan mengacara menerusi program Bila Bujang Masuk Dapur untuk TV9 bersama Nadzmi Adhwa pada Ramadan lalu.

"Kini saya sedang menyiapkan program berbentuk majalah iaitu Maskulin yang memfokuskan kepada golongan lelaki

Remy Ishak.

"Diharap kemunculan sebagai hos bersama ASK2016 bersama Alif Satar dapat membuka lebih banyak ruang kepada saya selepas ini," ujarnya.

Sementara itu, Azrel berkata, pengalaman bergelar eksekutif pemasaran sebelum bergelar pelakon banyak membantunya membina keyakinan ketika berkomunikasi dihadapan orang ramai.

"Kalau tiada keyakinan sukar juga sebenarnya untuk menjadi pengacara tambahan pula jika tiada pengalaman.

"Alhamdulillah pengalaman bekerja dalam bidang pemasaran banyak bantu membina keyakinan kalau tidak takut juga saya untuk berdiri di pentas ASK nanti," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Azrel Ismail , Remy Ishak , ASK2016

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan