Keputusan Komital Terhadap Awie 20 Disember Depan

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2016 3:51 PM

Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis menetapkan 20 Disember depan bagi keputusan permohonan komital difailkan Rozana Misbun terhadap bekas suaminya penyanyi terkenal Awie.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis menetapkan 20 Disember depan bagi keputusan permohonan komital difailkan Rozana Misbun terhadap bekas suaminya penyanyi terkenal Awie sementara menunggu keputusan semakan rayuan daripada Mahkamah Rayuan Syariah.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zin menetapkan tarikh itu berikutan Mahkamah Rayuan Syariah menetapkan 15 November ini bagi mendengar semakan rayuan yang difailkan oleh Awie, 48, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman.

Mohd Amran memutuskan demikian selepas dimaklumkan oleh peguam syarie Mohd Syafiq Norizan yang mewakili Awie bahawa permohonan semakan rayuan penyanyi itu selaku responden terhadap ketiga-tiga perintah mahkamah sebelum ini akan didengar pada tarikh berkenaan.

Rozana Misbun.
"Bagi mengelakkan mahkamah ini mendahului mahkamah rayuan yang sedang dalam  prosiding untuk semakan rayuan yang difailkan responden, mahkamah menetapkan 20 Disember depan bagi keputusan komital," katanya.

Hari ini pada Khamis ditetapkan untuk keputusan permohonan komital berkenaan.

Hakim meminta kedua-dua peguam syarie yang mewakili Awie dan Rozana, 38, supaya menasihati anak guam masing-masing berhubung isu membabitkan hak anak.

"Apa saja yang berlaku, hubungan ibu bapa dan anak-anak tidak akan terputus.  Hak anak-anak perlu diutamakan kerana ia mengatasi semua hak lain," katanya.

Pada prosiding pagi Khamis, vokalis kumpulan Wings itu tidak hadir ke mahkamah kerana menghadiri satu mesyuarat, manakala peguam syarie Mohd Nor Afandi Dahari yang mewakili Rozana memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya tidak dapat hadir kerana menguruskan persekolahan anak-anaknya.

Pada 24 November 2015, Rozana memfailkan permohonan tersebut kerana Awie gagal  mematuhi perintah hak penjagaan sementara anak sulung mereka, Putra Ahmad Merrah, 9, yang sepatutnya berada di bawah jagaannya (Rozana), dan juga melanggar perintah untuk membayar dua kos guaman masing-masing berjumlah RM900 dan RM5,000 kepada Rozana.

Dua lagi anak hasil perkahwinan Awie dan Rozana iaitu Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Putri Qaseh Antasha, 6, kini berada bawah penjagaan Rozana selepas mahkamah memberikan hak jagaan sementara terhadap Rozana pada 27 Jan tahun lalu.

Pelakon utama filem Sembilu itu juga pernah mendirikan rumah tangga dengan  Arni Nazira Anuar, seorang penyanyi, namun bercerai pada 16 Okt 2006 dan hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Putri Aleeya Antasha, 16, dan Putri Aleefa Antasha, 14, yang kini di bawah jagaan Awie.  -- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Awie , Rozana Misbun

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan