Azmi Hatta Dedah Bagaimana Hubungan Dengan Faye Kusairi Terjalin

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2016 6:00 AM

Azmi Hatta (kiri) dan Faye Kusairi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah drama Azmi Hatta berkata dia mula mengenali pelakon Faye Kusairi ketika mengarah drama berjudul Istiharah Cinta pada November 2014.

"Saya mula mengenali Faye Kusairi ketika melaksanakan projek drama terakhir sebelum saya berkahwin dengan Elly Mazlein iaitu sekitar November 2014.

"Namun, tidak pernah terlintas untuk berkawan rapat dengan Faye dan ketika itu saya hanya fokus untuk cari duit bagi menampung majlis perkahwinan saya dan Elly sahaja.

"Selain itu, Faye juga berkawan rapat dengan pelakon lelaki dalam drama berkenaan iaitu Syazwan Zulkifly," ujarnya kepada mStar Online.

Azmi ditemui pada sidang medianya di Taman Tasik Titiwangsa di sini pada Selasa bagi menjelaskan beberapa isu berbangkit tentang perceraiannya dengan pelakon Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36.

Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika wanita itu hamil empat bulan.

Azmi Hatta ketika bertemu wartawan bagi menceritakan kisah sebenar rumah tangganya yang pernah dilalui dengan Elly Mazlein.

Dalam sidang media berkenaan, Azmi yang ditemani peguam iaitu Mohd Fadly Hashim turut melampirkan akuan bersumpah setebal 20 muka surat yang memuatkan 45 perkara tentang isu berkaitan konflik rumah tangganya.

Azmi menerusi akuan bersumpahnya turut mengakui selepas bercerai dia sering melakukan solat istikharah agar mendapat seorang isteri yang baik sebagai pengganti yang boleh menjaga dia dan anak-anak.

Tambahnya, Allah menunaikan hajat tersebut dengan menampakkan wajah Faye biarpun sudah lama tidak berhubung dengan pelakon wanita itu.

"Selepas bercerai saya terdetik untuk melakukan solat Istikharah, sebagai lelaki normal sudah tentu saya mempunyai hajat untuk beristeri dan zuriat.

"Allah telah memperkenankan hajat saya. Saya dikurniakan ilham dan menampakkan wajah Faye Kusairi. Demi Allah selama empat hari berturut-turut saya dikurniakan bayangan yang sama.

Faye Kusairi.

"Saya berasa hairan pada awalnya kerana saya dan Faye sendiri tidak pernah bertegur sapa sekian lama," ujarnya.

Bagaimanapun, Azmi berkata, dia tidak melayan perasaan itu sehinggalah dia kemudian ditawarkan mengarah sebuah drama yang turut dibintangi wanita itu. Mr Maid ketika dia sedang menjalani penggambaran sebuah drama lain.

"Petunjuk wajah Faye beberapa kali muncul ketika itu sehingga membuatkan saya sendiri yakin dengan solat Istikharah yang saya lakukan.

"Perkara itu membuatkan saya nekad untuk berhubung dengan Faye menerusi mesej dan perkenalan kami bermula akhir Disember 2015," ujarnya.

Tambah Azmi, wanita itu pada awalnya turut menolak hasratnya untuk berkawan rapat berikutan bimbang dengan status hubungan dia dan Elly Mazlein.

Katanya, dia juga terpaksa menunjukkan sijil perakuan cerai sebelum bersetuju untuk berkawan rapat dengannya.

"Saya beritahu kepada keluarga tentang hasrat untuk berkawan dengan Faye, pada mulanya mereka juga agak keberatan berikutan status rumahtangga yang tidak diketahui umum.

"Begitu juga Faye, dia tidak mahu berkawan dengan saya sehingga saya memberi bukti sudah bercerai barulah dia bersetuju," ujarnya.

Sementara itu, Azmi turut meminta agar orang ramai terutama netizen tidak terus melakukan provokasi kepada Faye dan keluarganya.

Katanya, perkara yang terjadi kini telah menjatuhkan maruah dia, Faye serta keluarga kedua-dua belah pihak yang berhadapan dengan persepsi negatif masyarakat.

"Provokasi yang dilakukan oleh Elly sejak akhir-akhir ini membuatkan pengikutnya rancak mencemuh saya dan Faye tanpa tahu hal sebenar.

"Nama baik Faye dan keluarganya telah tercemar dengan pelbagai fitnah sehingga dia tertekan dan sering menangis," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Azmi Hatta , Faye Kusairi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan