Artis Tubuh Kuat Untuk Balas Jasa Umno

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2016 5:30 AM

Datuk A Rahman Hassan (empat dari kanan) bersama para artis yang terlibat dalam Kuat. FOTO: M Azhar Ariff

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 13 artis terpanggil untuk menubuhkan Kelab Umno Artis Tanahair (Kuat) dalam usaha membalas budi serta menunjukkan sokongan mereka kepada Umno.

Presidennya, Datuk A Rahman Hassan, berkata, penubuhan kelab itu juga bertujuan menarik lebih ramai ahli di kalangan artis tempatan agar bersama-sama membantu memberi kesedaran tentang kepentingan parti yang banyak berjasa kepada negara itu.

"Tujuan kelab ini ditubuhkan bukan untuk mencari salah mana-mana pihak sebaliknya lebih tertumpu untuk membalas budi Umno yang banyak berjasa kepada negara daripada kami lahir sehingga sekarang," ujarnya.

A. Rahman Hassan.

Beliau ditemui dalam satu sidang media sempena penubuhan kelab itu di Bangunan Umno Lama, di sini pada Isnin.

Kelab tersebut secara rasmi telah didaftarkan bawah Perdaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 5 Oktober lalu.

Selain A Rahman, penggiat seni yang menerajui kelab itu ialah Datuk Yusof Haslam selaku Timbalan Presiden manakala, Azlee Jaafar selaku Setiausaha Agung manakala Datuk Ziela Jalil pula bendahari.

Ahli Jawatankuasanya pula terdiri daripada, Datuk Nash, Khir Rahman, Datuk Azman Salleh, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Suhaimi Mohd Zain, Rahim Jailani, Dira Abu Zahar dan Liza Abdullah.

Dalam pada itu, A. Rahman berkata, beberapa program bakal dijalankan dengan kerjasama kelab Umno yang lain bagi memberi kesedaran kepada pihak luar khususnya artis mengenai jasa parti ini.

"Kita akan menjalankan beberapa aktiviti kebajikan dan program jelajah dengan beberapa pihak bagi memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya para artis.

"Diharap aktiviti yang akan dianjurkan itu sedikit sebanyak membantu parti dalam usaha mengembalikan kepercayaan kepada parti Umno," ujarnya.

Sementara itu, bagi artis yang ingin menyertai kelab ini boleh menghubungi pelakon Khir Rahman. 

Tags / Kata Kunci: Kuat , A. Rahman Hassan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan