A. Aida Bantu Golongan Miskin Menerusi 'Ceritaku"

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2016 5:30 AM

Dari kiri Niena Baharun (dari kiri) dan pengasas produk De' Wajah iaitu Junaidah Kiting menghulurkan bantuan mereka kepada sebuah keluarga kurang berkemampuan di Gombak, Selangor semasa rakaman dokumentari 'Ceritaku' pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dalam usaha untuk membantu golongan kurang bernasib baik syarikat produksi A. Aida Production mengambil langkah menerbitkan sebuah dokumentari drama berjudul ‘Ceritaku’.

Penerbitnya Datuk A.Aida, 45, berkata, buah tangan terbaharunya itu diterbitkan selepas dia berasa simpati dengan nasib golongan berkenaan selain berasa tanggungjawab membantu meringankan beban mereka.

“Pengalaman mendekati sendiri golongan susah membuatkan hati saya terdetik untuk menerbitkan program ini namun saya cuba mencari idea dan kelainan agar konsep diterapkan tidak dibanding-bandingkan dengan program sedia ada,” katanya kepada mStar Online.

A. Aida ditemui semasa sesi penggambaran dokumentari berkenaan di Gombak dekat sini pada Isnin.

Niena Baharun (kiri) sebagai Siti Khadijah ketika penggambaran dokumentari drama, 'Ceritaku'.

Rancangan sebanyak 13 episod itu dihoskan oleh Niena Baharun.

Ia akan disiarkan menerusi siaran SalamHD (Saluran 113) di HyppTV bermula 5 Disember depan pada setiap hari Selasa pukul 8.30 malam.

Kata A. Aida pemilihan Niena Baharun sebagai pengacara dengan watak Siti Khadijah bertepatan dengan konsep program itu yang memerlukan hosnya bertindak sebagai wartawan mendekati golongan susah.

Dalam rancangan itu, Niena akan membonceng sebuah motosikal berkuasa tinggi untuk mencari usahawan berjaya agar memberi bantuan meringankan beban keluarga terpilih.

A. Aida.

Katanya lagi, menerusi program yang mendapat kerjasama produk kecantikan De Wajah ini, ia juga turut menampilkan seorang ahli penel iaitu seorang ustaz untuk memberi kesimpulan bagi permasalahan yang diutarakan setiap episod.

“Konsep rancangan ini memerlukan Niena Baharun mendengar keluhan dan cerita daripada rakan-rakan artis dan wartawan mengenai kesusahan yang dilalui oleh sesebuah keluarga.

"Dia sendiri bergerak mencari bantuan dan menerjah keluarga terpilih untuk diselami kisah mereka,” katanya.

Menerusi musim pertama ini keluarga terpilih akan menerima wang tunai RM3,000 daripada penaja selain sumbangan orang ramai yang boleh disalurkan menerusi akaun bank keluarga berkenaan.

Penyanyi Ippo Hafiz turut diberi tanggunjawab untuk menyanyikan lagu tema rancangan ini.

Tags / Kata Kunci: A. Aida

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan