"Saya Bukan Berlakon Hanya Untuk Astro" - Hisyam Hamid

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 5:50 AM

Hisyam Hamid terpaksa akur apabila stesen televisyen lain enggan mengambilnya berlakon menerusi drama terbitan mereka.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Hisyam Hamid menjelaskan dia bukan artis eksklusif Astro seperti disangka sesetengah pihak sehingga ada produksi enggan mengambilnya berlakon untuk projek bersama stesen televisyen lain.

Hisyam, 31, sebaliknya berkata, dia hanya mengikat kontrak bersama stesen satelit berbayar itu untuk menguruskan karier seninya dan masih bebas untuk berlakon untuk mana-mana stesen televisyen.

"Sejak bernaung bawah pengurusan Astro saya akui memang jarang mendapat tawaran daripada produksi yang menerbitkan drama untuk stesen swasta lain melainkan RTM.

Hisyam kini sedang sibuk dilokasi drama bersiri Andartu Bidadariku.

"Ada orang menyangka saya wajah eksklusif Astro tetapi sebenarnya tidak kerana saya boleh berlakon di mana-mana stesen cuma mereka perlu berhubung dengan pihak pengurusan saya sahaja," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Hisyam berkata, pihak pengurusannya tidak pernah menghalang dia untuk berlakon menerusi projek untuk siaran stesen lain seperti mana tanggapan sesetengah pihak sebelum ini.

Malah kata Hisyam, dia sangat berpuas hati dengan agensinya itu dalam memastikan karier lakonannya terus cemerlang namun terpaksa akur dengan situasi dihadapi ketika ini.

"Pada awalnya saya berasa pelik juga tetapi saya terpaksa akur apabila stesen lain tidak mahu ambil saya berlakon.

"Saya yakin mereka ada sebab tersendiri dan tiada apa yang boleh saya lakukan untuk mengubah perkara itu," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Hisyam berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri berjudul Andartu Bidadariku bersama Erra Fazira.

Tags / Kata Kunci: Hisyam Hamid , Astro

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan