Pelakon Kacak Pakistan 'Modal' Mak Cun D'Walei - Erma Fatima

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2016 6:00 AM

Erma Fatima kembali dengan teater muzikal Mak Cun D'Walei yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada November ini. Foto LOW PAY PHOON

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Erma Fatima tidak menolak alasan dia menampilkan pelakon dari Pakistan iaitu Saim Ali dalam pementasan teater muzikal Mak Cun D'Walei kerana kekacakan lelaki itu.

Erma berkata, nilai komersial pada Saim yang juga seorang model terkenal itu diyakini mampu menarik minat penonton menyaksikan pementasan teater itu.

"Biar saya berterus terang sahaja, alasan saya mengambil Saim kerana dia kacak dan wajahnya boleh membawa penonton datang ke panggung.

"Wajahnya mempunyai nilai komersial untuk dikentengahkan selain akan memberi kelainan dan sesuai dengan tema Bollywood yang diketengahkan dalam Mak Cun D'Walei," katanya kepada mStar Online.

Pelakon dan model berasal dari Pakistan, Saim Ali bakal beraksi dalam Mak Cun D'Walei.

Erma ditemui pada sidang media pelancaran teater berkenaan di Istana Budaya dekat sini, Jumaat lalu.

Mak Cun D'Walei bakal menemui penonton di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 4 hingga 13 November depan.

Selain Saim dan Erma, teater muzikal itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Rahim Razali, Datin Seri Umie Aida, Abam, Balkish Semundur Khan, Amy Search, Fatiya Latiff dan Nadia Brian.

Dalam pada itu, Erma berkata, walaupun Saim dipilih kerana rupa parasnya namun dia masih mengutamakan ciri-ciri lain terutamanya mutu lakonan dan kebolehan menari.

"Saim ada pakej lengkap kerana dia bukan sahaja kacak tetapi lakonannya juga baik dan mempunyai bakat dalam tarian seperti yang saya mahukan.

Sidang media teater berkenaan diadakan di Istana Budaya pada Jumaat lalu.

"Saya terjumpa Saim ketika membuat carian di Google dan selepas itu saya tonton video lakonannya menerusi filem dan iklan di Youtube.

"Kebetulan saya ada kawan di Pakistan dan dari situ kami berhubung menerusi telefon dan dia bersetuju untuk terlibat dalam pementasan teater ini," katanya.

Sementara itu, Erma berkata, dia memilih tema Bollywood kerana ingin memberi kelainan dan penggunaan perkataan D'Walei itu sebenarnya membawa maksud berjiwa besar sesuai dengan sifat Mak Cun.

Kata Erma juga, pementasan kali ini juga menampilkan banyak elemen kejutan yang dapat disaksikan termasuk suasana persekitaran digambarkan di India selain mempersembahkan lagu-lagu Hindustan popular.

"70 peratus pementasan teater ini nanti akan digambarkan di India selain kami telah memilih 10 buah lagu popular Hindustan yang pastinya akan disukai penonton.

Abam pertama kali berlakon teater.

"Saya juga akan berduet dengan Amy Search menerusi lagu popularnya Kerja Gila dan Aku Dah Bosan selain dua buah lagu baharu dicipta khas untuk Mak Cun D'Walei," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Erma berkata, pementasan teater muzikal kali ini turut menampilkan komposer Edry Abdul Halim sebagai pengarah muzik.

Kata Erma, dia kagum dengan kesungguhan dan idea komposer itu dalam memastikan lagu-lagu dipersembahkan pada teater muzikal itu nanti disukai penonton.

"Edry bukan sekadar menerima tugas itu dan hanya buat kerjanya tetapi dia saya lihat bersungguh-sungguh dan menunjukkan minat mendalam dalam penghasilan muzik untuk teater muzikal.

"Banyak idea bernas yang diberikan dalam membuat penambahbaikkan malah dia sangat teliti dengan kerjanya sehingga saya rasa bersalah," katanya.

Tiket bagi menyaksikan teater muzikal Mak Cun D'Walei dijual pada harga RM36, RM76, RM86, RM106, RM156 dan RM256 dan ia boleh didapati menerusi www.airasiaredtix.com bermula 25 Oktober ini.

Tags / Kata Kunci: Erma Fatima , Mak Cun D'Walei , Istana Budaya

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan