Album Baru Punca Hazama Tangguh Kahwin

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2016 5:45 AM

Hazama Azmi

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Hazama terpaksa menunda tarikah pernikahan dengan teman wanitanya, pemuzik Genervie Kam, 36 kerana ingin memberi fokus kepada penerbitan album terbaharunya.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 32, berkata, walaupun sebelum ini dia pernah merancang untuk berkahwin dengan wanita berkenaan selepas sambutan Aidilfitri lalu namun ia hanya perancangan.

"Saya sebenarnya memang ingin segera menamatkan zaman bujang dan kalau boleh esok juga saya hendak pergi kursus perkahwinan namun komitmen persiapan album yang padat ketika ini jadi kami 'cool' dahulu.

"Kami pun tidak terburu-buru untuk berkahwin memandangkan perbezaan agama justeru biarlah semuanya berada dalam keadaan bersedia agar tidak timbul masalah di kemudian hari," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Hazama berkata, sekiranya mereka berkahwin nanti dia juga tidak merancang untuk mengadakan sebarang majlis perkahwinan secara besar-besaran sebaliknya ingin melaksanakan yang wajib sahaja.

Hazama dan kekasihnya, Genervie Kam.
"Ini adalah kemahuah saya dan keluarga kedua-dua belah pihak pun bersetuju kerana bagi saya cukuplah dengan majlis pernikahan yang wajib sahaja.

"Itu adalah kebahagian paling bermakna bagi saya walaupun tanpa kenduri, bersanding dan sebagainya," ujarnya.

Dalam perkembagan lain, Hazama berkata, album terbaharunya itu nanti akan menampilkan sembilan buah lagu terbaik yang pernah dilancarkannya sebagai single sebelum ini.

Jelasnya, album yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini memuatkan lagu seperti Sampai Mati, Malaikat, Amaran Mama, Aku Yang Sebenarnya, Aku Bukan Dewa dan Sang Perindu.

Sementara itu, Hazama turut menerima tiga pencalonan dalam Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22) yang bakal berlangsung pada 18 Disember depan.

Penyanyi itu tercalon menerusi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki (Sampai Mati), Video Muzik Terbaik (Sampai Mati) dan Lagu Pop Terbaik (Sedetik Lara).

AIM22 bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Tags / Kata Kunci: Hazama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan