Gangguan Emosi Bawa Hasil Buat Siti Nurhaliza

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2016 6:00 AM

Datuk Siti Nurhaliza

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza tidak menyangka gangguan emosi ketika merakamkan lagu Menatap Dalam Mimpi akhirnya membuahkan hasil positif.

Siti, 37, berkata, ketika merakamkan lagu yang ditujukan khas buat arwah bapanya, Taruddin Ismail, dia beremosi sehingga menganggu fokus nyanyian namun ia memberi hasil apabila lagu tersebut layak dipertandingkan menerusi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) Anugerah Industri Muzik 22 (AIM22).

“Sememangnya lagu Menatap Dalam Mimpi dibuat khas untuk arwah ayah dan cabaran saya ketika menyanyikan lagu ini agak besar kerana emosi saya cukup terganggu disebabkan perasaan rindu yang membuak-buak terhadapnya ketika itu sekali gus menganggu fokus saya.

“Apa-apa pun di situlah penghayatan sebenar yang dapat saya berikan terutama dari aspek vokal dan Alhamdulillah, hari ini menerusi lagu tersebut saya dicalonkan dalam AIM22,” katanya kepada mStar Online.

Siti ditemui pada majlis sidang media mengumumkan lima calon akhir AIM 22, di Hotel Royal Chulan, di sini, pada Khamis.

Menerusi AIM 22, Siti menerima tujuh pencalonan daripada 16 kategori yang dipertandingkan  iaitu Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) Rakaman Album Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik dan Lagu Pop Terbaik menerusi album Datuk Siti Nurhaliza Unplugged.


Manakala menerusi kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu Siti mendapat dua pencalonan iaitu Jaga Dia Untukku dan Menatap Dalam Mimpi.

AIM22 akan diadakan pada 18 Disember depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, kata Siti dia berkemungkinan akan turut terlibat dalam persembahan pentas di malam berprestij AIM22 dan kini masih memikirkan idea mengenai konsep persembahan tersebut.

“Kalau boleh untuk AIM kali ini saya mahu berikan suatu persembahan yang berbeza dan diingati penonton tetapi semuanya masih dalam perbincangan kerana membuat persembahan di pentas berprestij seperti ini agak memberi tekanan sebenar,” katanya.

Berkongsi tentang album terbaharu, Siti kini sedang mengumpul lagu-lagu terbaik dari beberapa komposer tempatan dan Indonesia untuk dirakamkan pada Disember depan.

“InsyaAllah pada November ini saya akan buat sesi pemilihan lagu dan akan memilih 10 yang terbaik pada Disember untuk proses rakaman kerana pada Januari tahun depan saya sasar album ini sudah berada di pasaran.

“Antara komposer yang terlibat adalah Aidit Alfian, komposer dari Indonesia iaitu Opik juga akan memberikan lagunya kepada saya selain beberapa nama lain.

"Malah saya juga bercadang untuk merakamkan sebuah lagu Inggeris menerusi album kali ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Siti memberitahu cekera padat video (DVD) Konsert Siti Nurhaliza & Friends yang diadakan di Stadium Negara pada 3 April lalu akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.

Tags / Kata Kunci: Siti Nurhaliza

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan