Anis Al-Idrus Sedia Dikritik Jadi Hos Program Agama

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2016 5:45 AM

Anis Al-Idrus bersedia dengan sebarang kritikan apabila bakal bertindak sebagai hos program Serambi Pencetus Ummah. Foto IZZRAFIQ ALIAS

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Anis Al-Idrus bersedia untuk menerima sebarang kritikan daripada penonton apabila bakal menggalas tanggungjawab sebagai hos program Serambi Pencetus Ummah musim keempat.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, 28, berkata, dia terbuka dengan sebarang pandangan sama ada positif ataupun negatif selain menganggap kritikan adalah perkara biasa kepadanya.

"Sebelum ini pun saya banyak terima pelbagai komen dan kritikan yang adakalanya melampaui batas.

Anis mengakui berdebar dengan tanggungjawab baharunya sebagai pengacara Pencetus Ummah.
"Bagaimanapun saya seorang yang positif jadi tiada masalah atau hendak melenting jika orang hentam saya nanti.

"Pun begitu saya sedar tanggungjawab diberikan oleh pihak Astro Oasis adalah besar dan Insya-Allah saya akan melaksanakannya dengan baik," katanya kepada mStar Online.

Serambi Pencetus Ummah bakal bersiaran pada setiap hari Selasa dan Rabu bermula 25 Oktober ini, pukul 9 malam dan Pencetus Ummah pula membuka tirai bermula 27 Oktober ini waktu yang sama.

Kedua-dua program itu akan disiarkan menerusi saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).

Dalam pada itu, Anis mengakui gementar mengendalikan program berkenaan kerana tiga musim terdahulu bagi segmen Serambi Pencetus Ummah tidak menggunakan hos.

Bagaimanapun kata Anis, dia akan menyuntik gayanya yang tersendiri ketika mengendalikan program itu yang memaparkan aktiviti seharian semua peserta.

"Program ini sebenarnya seperti Diari Akademi Fantasia tetapi bezanya dengan Serambi Pencetus Ummah saya akan bersama-sama mereka jika ada sebarang aktiviti menarik.

Selain Anis, Mimbar Pencetus Ummah dihoskan oleh Faizal Ismail dan Azman Syah Alias (tengah).

"Tetapi saya tidak akan menyentuh bab-bab agama yang bukan kepakaran saya dan pihak produksi minta saya kendalikan secara santai," jelasnya.

Sementara itu, Anis berkata, dia menerima tawaran tersebut kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam kariernya disamping menyukai bidang pengacaraan.

Malah katanya, pengalaman mengacarakan beberapa program berbentuk majalah dan wanita sebelum ini turut membantunya dalam memberi keyakinan ketika berada di hadapan kamera.

"Sebelum ini saya asyik buat benda yang sama tetapi Serambi Pencetus Ummah ini lain dan itu membuatkan saya teruja apabila diberi peluang.

"Bagaimanapun saya tidak akan meninggalkan bidang lakonan dan nyanyian kerana ia akan tetap jalan seiring dengan pengacaraan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan