'Cukup Sekali' Bukan Hak Milik Kumpulan Spoon

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2016 6:00 AM

Anggota Oja & Tunable Band. Dari kiri: Botak, Norule, Shahnaz, Syarizul Ikhram (pemuzik sementara) dan Oja. Foto ROHAIZAT MD DARUS

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan baharu Oja & Tunable Band menyangkal single mereka berjudul 'Cukup Sekali' ialah lagu yang dicipta untuk kumpulan Spoon pada era 1990-an.

Norule atau nama sebenarnya Norul Fikri Abdul Samad yang merupakan bekas gitaris kumpulan itu berkata, isu mengenai siapa pemilik asal lagu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana ia dicipta sewaktu dia masih menganggotai Spoon.

“Apa yang boleh saya katakan, sewaktu lagu itu dicipta, antara saya dan Spoon mempunyai beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan ditambah masa saya bersama kumpulan tersebut agak terhad pada waktu itu.

Oja.

“Kebetulan pada waktu yang sama saya mempunyai perancangan bersama Oja & Tunable Band untuk projek single dan saya rasa tiada salahnya untuk saya berikan lagu ciptaan saya itu sebagai karya pertama bagi memperkenalkan band ini,” katanya kepada mStar Online.

Norule ditemui pada majlis pelancaran single terbaru kumpulannya di Auditorium P.Ramlee, Kompleks Studio Merdeka, Finas di sini, pada Rabu.

Selain Norule, Oja & Tunable Band turut dianggotai oleh Oja (vokalis), Botak (bes) dan dua lagi bekas anggota kumpulan Spoon iaitu Boy (gitar) dan Shahnaz (Drum).

Lagu 'Cukup Sekali' mengambil masa lebih kurang setahun dan dirakam sepenuhnya di Tunable Record Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Oja selaku vokalis kumpulan tersebut mengakui agak sukar untuk dia memilih lagu-lagu yang ada di dalam senarai rakaman mereka sebelum dikeluarkan sebagai single pengenalan bandnya itu.

“Sehingga sekarang kami sudah merakam lebih 10 buah lagu di mana 'Cukup Sekali' dilihat mempunyai kelebihan untuk diketengahkan terlebih dahulu kerana melodi dan liriknya yang senang diingat,” katanya.

Lebih menarik, dua buah lagu mereka iaitu 'Cukup Sekali' dan 'Sayang Mengundang' dipilih menjadi lagu runut filem (OST)  'Aku Bukan Spy', sebuah filem kerjasama antara produksi Malaysia dan Indonesia yang akan ditayangkan pada Januari depan.

Oja sebelum ini pernah bergelar penyanyi di era 90-an dan mempunyai beberapa buah album seperti Anak Jalanan (1992), Oja & Mastura (Ceneke - 1994) serta Oja & Mastura (Apo Salah Eh – 1995).

Tags / Kata Kunci: Oja & Tunable Band , Spoon

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan