Roslan Shah Trauma Dirompak, Kerugian RM5,000

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 12:48 PM

Roslan Shah mengalami kerugian dianggarkan RM5,000 selepas sebuah beg miliknya yang diletakkan di dalam but kereta dirompak pada malam Isnin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengacara Roslan Shah mengalami kerugian sebanyak RM5,000 selepas sebuah beg miliknya yang diletakkan di dalam kereta dirompak pada malam Isnin.

Roslan, 46, berkata, kejadian berlaku ketika dia meletakkan keretanya di sebuah restoran makanan segera di Taman Melati dekat sini untuk bertemu rakannya sejurus tiba dari Singapura.

"Saya terkejut dan sedih apabila barang-barang berharga seperti tali pinggang Louis Vuitton, dua cincin emas putih, empat utas jam tangan berjenama dan pakaian yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM5,000 dicuri.

"Saya letak beg berkenaan dalam but kereta kerana tidak sempat pulang ke rumah dan perlu menghadiri mesyuarat sejurus tiba dari Singapura," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Jelas Roslan lagi, dia hanya menyedari beg miliknya itu hilang ketika tiba di rumah rakannya untuk menghantar makanan dipesan.


Roslan mendedahkan kejadian dirompak di Instagram miliknya.

Katanya, dia panik apabila melihat beg tersebut tiada di dalam but kereta dan mengambil keputusan berpatah balik ke restoran makanan segera itu.

"Nasib baik masa saya patah balik, rakan-rakan saya masih berada di sana dan mereka tolong hubungi polis dan cuba semak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di restoran berkenaan.

"Bagaimanapun malangnya CCTV tidak diletakkan ditempat letak kereta untuk melihat pelaku yang mencuri barang saya," ujarnya.

Roslan berkata, dia kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju dekat sini pada malam kejadian.

"Alhamdulillah polis yang datang ke tempat kejadian banyak membantu dan mengesyaki penjenayah menaiki kereta dan bukan bersendirian," katanya.

Dalam pada itu, Roslan berkata, pihak polis ada memberitahunya lokasi berkenaan memang menjadi tumpuan kejadian rompak dan samun.

"Saya memang trauma tetapi reda dengan insiden berkenaan dan menganggap barang-barang itu bukan rezeki saya.

"Polis pun ada beritahu lokasi itu memang tumpuan penyamun dan berharap orang ramai lebih berhati-hati selepas ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Roslan Shah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan