"Orang Melayu Gemar Cerita Hal Orang" - Fazura

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 6:00 AM

Fazura sudah lali dengan kritikan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Fazura beranggapan segelintir orang Melayu hari ini lebih gemar untuk bercerita dan memberi komen terhadap seseorang apabila timbul sesuatu isu.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 33, berkata, sebagai artis yang sudah lama berada dalam dunia hiburan tanah air, dia sudah lali dengan semua kritikan yang dilemparkan.

“Saya sudah lama berada dalam industri dan saya sudah lali (dikritik). Memang hobi orang Melayu kita untuk bercerita dan memberi komen fasal orang lain.

“Sejujurnya, saya tidak peduli kata orang dan saya tetap akan menjadi diri saya dan terpulang kepada anda semua (untuk menilai),” katanya kepada mStar Online.

Fazura diminta komen selepas video persembahannya pada konsert Grand Prix Malaysia Formula Satu (F1) awal Oktober lalu menjadi viral apabila nyanyiannya dikatakan sumbang sehingga menerima kecaman daripada netizen.

Menurut penyanyi yang juga ahli perniagaan itu, kritikan negatif yang diterimanya tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk meneruskan minat dan kerjaya dalam bidang nyanyiannya.

Pemenang  trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM27) ini bagaimanapun mengakui lagu yang dibawanya iaitu ‘Sayangi Dirimu’ agak sukar bagi penyanyi yang baharu menceburi bidang nyanyian.

"Saya akui lagu ‘Sayangi Dirimu’ agak sukar untuk dibawa bagi penyanyi baru seperti saya.

"Saya rasa ia satu kesilapan, kerana melakukannya melebihi kemampuan saya,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Fazura

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan