Wak Doyok Beri Gambaran Putus Cinta Dengan Azrinaz

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2016 1:35 PM

Wak Doyok dan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim sebelum ini pernah dilaporkan mengikat tali pertunangan namun pasangan ini tidak mengesahkan atau menafikan perkara itu. Foto Ihsan Instagram @wakdoyok

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ikon fesyen iaitu Wak Doyok dikhabarkan sudah putus cinta dengan indvidu yang dikaitkan dengannya selama ini iaitu bekas personaltii TV3, Azrinaz Mazhar Hakim.

Wak Doyok atau Mohd Azwan Md Nor, 35, meluahkan perasaan sedih dalam Twitter miliknya dan ramai pengikut dia memberi respons agar dia tabah dengan ujian hidup itu.

Wak Doyok kini berada di Jakarta bagi mempromosikan produk keluarannya Legasi Wak Doyok.

"Semua sudah suratan takdir. Terima sahajalah dengan hati yang terbuka.

"Sampai di sini saja jodoh kita. #hidupmestiditeruskan," luahnya dalam status Twitternya pada Isnin.

Dalam pada itu Wak Doyok yang dihubungi mStar Online enggan memberi komen status berkenaan selain berkata dia tidak mahu memikirkan soal tersebut buat masa ini kerana berada di Jakarta, Indonesia atas urusan kerja.

"Saya tiada komen, saya sedang sibuk dengan kerja dan tidak mahu fikir tentang hal itu," katanya.

Pada Julai lalu, Wak Doyok dikhabarkan mengikat tali pertunangan dengan Azrinaz dalam sebuah majlis tertutup di ibu negara.

Bagaimanapun pasangan itu enggan mengesahkan atau menafikan berita berkenaan.

Dalam pada itu, Wak Doyok berkata, dia tidak kisah sekiranya masyarakat membuat kesimpulan sendiri berhubung perkara itu walaupun tidak mendedahkan secara spesifik status Twitter berkenaan.

mStar Online juga mendapati, gambar-gambarnya bersama Azrinaz di Instagram sudah dipadamkan.

Status yang dimuat naik Wak Doyok di Twitter menimbulkan spekulasi.

Katanya, apa paling penting kini dia meneruskan hidupnya dan perlu lebih bekerja keras.

"Biarlah apa orang hendak kata. Saya okey sahaja dan hidup kena diteruskan," ujarnya.

Sementara itu, Wak Doyok berkata, dia berada di Indonesia bagi mempromosikan produk keluarannya iaitu Legasi Wak Doyok yang sudah memasuki pasaran negara itu.

Tags / Kata Kunci: Wak Doyok

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan