Amir Tepati Ramalan Juara Akademi Fantasia 2016

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2016 12:24 AM

Amir (tengah) menepati ramalan apabila muncul sebagai juara pertandingan akhir program AF2016 pada malam Ahad. Foto FAIHAN GHANI

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Peserta dari Selangor, Amir menepati ramalan apabila muncul sebagai juara pertandingan akhir program Akademi Fantasia 2016 (AF2016) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, malam Ahad.

Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 20, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, biasiswa pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM), kredit beli-belah bernilai RM5,000 tajaan 11 Street berserta trofi.

Fattah Amin membuat kemunculan pada persembahan Reshma.

Pada peringkat akhir itu, Amir menyampaikan dua buah lagu iaitu Romantis nyanyian asal Spring dan single pertamanya ciptaan Sri Kandi dan Hang Nadim berjudul Pemilik Cinta.

Amir juga menerima trofi Fantasi D'Herbs dan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Naib juara pula milik Ammal, 21 yang menyampaikan lagu Bukan Diriku dan lagu baharu yang dicipta oleh DJ Fuzz, Adik Viral, Al Abbas dan Yus Zai iaitu Aku Kejar pada peringkat akhir itu.

Amal (kiri), Amir dan Reshma bersama trofi kemenangan masing-masing.

Ammal berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, kredit beli-belah sebanyak RM4,000 tajaan 11 Street berserta trofi.

Tempat ketiga pula milik Reshma, 18, dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, kredit beli-belah bernilai RM3,000 tajaan 11 Street dan trofi.

Reshma menyampaikan lagu nyanyian asal Lady Gaga, Bad Romance dan sebuah lagu baharu ciptaan Edry Abdul Halim berjudul Sayang Jadi Benci.

Amir memberikan persembahan konsisten pada peringkat akhir.

Manakala Ara dan Afi masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima.

Bagaimanapun mereka tidak pulang dengan tangan kosong dan menerima hadiah wang tunai masing-masing bernilai RM10,000 dan RM5,000.

Mereka juga menerima kredit beli-belah bernilai RM2,000 tajaan 11 Street berserta trofi.

Ammal mengakui terkejut apabila Maya Karin muncul dipentas ketika dia mengadakan persembahan.

Hadiah disampaikan oleh Pengetua AF2016, Datuk Shake.

Turut hadir pada acara itu adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dan isteri, Datin Seri Raya Erom.

Dalam pada itu, pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS, Datuk M. Nasir dan Datuk AC Mizal bertindak sebagai pengkritik.

Kumpulan KRU membuat kejutan apabila tampil mengadakan persembahan istimewa di pentas Akademi Fantasia.

Pada malam kemuncak itu turut memperlihatkan kemunculan kumpulan KRU mengadakan persembahan lagu medley popular mereka selain Akim & The Majistret dan Indigo.

Ia dihoskan oleh Zizan Razak dan Alif Satar.

AF2016 turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Tags / Kata Kunci: Akademi Fantasia 2016 , Amir

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan