Amir Tidak Anggap Wajah Comel Punca Menang AF2016

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2016 1:10 PM

Amir tidak melihat wajahnya yang dikatakan comel sebagai faktor utama dia dipilih sebagai juara Akademi Fantasia 2016. Foto FAIHAN GHANI

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Juara program Akademi Fantasia 2016, Amir tidak melihat faktor rupa-parasnya yang dianggap comel oleh peminat punca dia memenangi pertandingan itu.

Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 20, sebaliknya berkata, dia menganggap kelebihan itu sebagai anugerah Allah dan yakin peminat mengundinya untuk bergelar juara kerana bakat ditonjolkan sepanjang acara itu berlangsung.

"Sebenarnya saya tidak tahu bagaimana hendak respons tentang perkara itu kerana itu adalah anugerah Allah.

"Saya yakin pemilihan saya sebagai pemenang kerana bakat nyanyian saya dan faktor lain yang ada pada saya adalah pakej untuk bergelar seorang penyanyi," katanya kepada mStar Online.

Pada peringkat akhir AF2016 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad, Amir yang menyampaikan lagu Romantis nyanyian asal kumpulan Spring dan sebuah lagu baharu ciptaan Sri Kandi dan Hang Nadim berjudul Pemilik Cinta.

Persembahan Amir turut diiringi kanak-kanak ketika menyampaikan lagu Pemilik Cinta.

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, biasiswa pendidikan di Universiti Utara Malaysia (UUM), kredit beli-belah bernilai RM5,000 tajaan 11 Street berserta trofi.

Manakala Ammal, 21, bergelar naib juara dan peserta bukan Melayu, Reshma ditempat ketiga.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 dan RM15,000 berserta hadiah sampingan dan trofi.

Dalam pada itu, Amir berkata, dia bimbang untuk melalui cabaran sebenar industri hiburan kerana merasakan belum mempunyai cukup pengalaman.

Bagaimanapun katanya, dia optimis dapat mengharungi perkara itu dan sentiasa memegang pesanan pengajar di AF2016 agar sentiasa merendah diri.

Persembahan Amir konsisten pada peringkat akhir AF2016.

"Saya sebenarnya belum bersedia dengan pelbagai cabaran dunia hiburan tetapi saya tiada pilihan dan perlu mempersiapkan diri.

"Paling penting saya kena beranikan diri dan berusaha membina nama agar dapat diterima baik oleh peminat," ujarnya.

Atas dasar itu juga, Amir berkata, dia teruja apabila berpeluang melanjutkan pelajaran di UUM kerana ia peluang untuknya mendalami bidang muzik secara formal.

"Saya tidak mahu sekadar menjadi penyanyi tetapi mampu menulis lirik, menghasilkan lagu dan bermain alat muzik.

"Apabila diberitahu hadiah biasiswa pendidikan saya lihat inilah peluang saya untuk mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik," katanya.

Amal (kiri), Amir dan Reshma bersama trofi kemenangan masing-masing.

Ditanya mengenai perasaan apabil diumumkan juara AF2016, Amir mengakui seolah tidak percaya dengan kemenangan berkenaan kerana itu adalah trofi pertamanya menerusi pertandingan nyanyian.

"Sebelum ini saya tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan nyanyian sama ada kecil atau pun besar dan AF2016 adalah yang pertama.

"Penyertaan dalam AF2016 pun apabila ibu sering suruh saya cuba dan apabila diberitahu terpilih pun adalah satu kemenangan buat saya.

"Syukur atas kepercayaan peminat yang mengundi dan ilmu diberikan oleh semua tenaga pengajar sehingga saya memperoleh kemenangan ini," katanya yang menganggap Reshma sebagai saingannya paling sengit.

Sementara itu, melihat kepada bekas-bekas pelajar AF lalu yang tidak hanya menumpukan kepada bidang nyanyian, Amir berkata, dia terbuka sekiranya diberi peluang untuk berlakon selepas ini.

"Saya tidak tahu berlakon tetapi rasanya tidak salah saya mencuba sebagai mengembangkan lagi bakat dalam bidang seni," katanya.

Tags / Kata Kunci: Amir , Akademi Fantasia 2016 , AF2016

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan