Ardell Aryana Anggap Tuduhan 'Pengkid' Isu Lama

Diterbitkan: Ahad, 9 Oktober 2016 6:00 AM

Ardell menganggap cakap-cakap mengatakan dia seorang pengkid adalah isu lama.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ardell Aryana menyifatkan gosip mengatakan kononnya dia seorang pengkid bukan isu baharu.

Ardell, 26, sebaliknya berkata, perkara berkenaan sudah diperkatakan sejak dia mula berjinak dalam bidang lakonan walaupun berkali-kali menafikan perkara itu.

"Sebenarnya saya sudah terbiasa apabila nama saya sering dikaitkan dengan isu pengkid kerana ia bukan isu baharu.

"Dari sejak awal pembabitan dalam lakonan lagi saya menerima pelbagai tuduhan walaupun berulang kali menafikan perkara itu," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ardell berkata, dia tidak melihat imej terbaharunya yang berambut pendek sebagai punca isu berkenaan kembali diperkatakan.

Ini kerana katanya, ketika awal kemunculan sebagai pelakon dengan imej berambut panjang dia sudah dituduh terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu.

"Sebelum ini saya berambut panjang pun orang kata saya pengkid dan apatah lagi kini dengan imej berambut pendek.

Ardell bergandingan dengan Sherrry Alhadad (kiri) dan Elfira Loy (kanan) dalam program travelog iaitu Extreme Roadtrip.

"Biarlah apa yang orang hendak kata tentang diri saya kerana pada saya ia tidak penting selagi saya tahu perkara sebenar," jelasnya.

Ditanya mengenai isu kononnya dia pernah bergaduh dengan pengkid lain kerana berebut seorang wanita, Ardell bekata dia tidak mengetahui tentang isu berkenaan.

"Saya tidak tahu tentang perkara itu apatah lagi siapa yang kononnya saya rebut dan individu mana saya bergaduh," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Ardell berkata, dia teruja dapat bertindak sebagai hos bersama program travelog iaitu Extreme Roadtrip yang turut menampilkan Sherry Alhadad dan Elfira Loy.

Kata Ardell, program berkenaan banyak memberinya cabaran baharu bukan sahaja sebagai pengacara malah dalam mencuba aktiviti lasak yang belum pernah dirasainya.

"Saya ada beberapa perkara impian yang ingin saya lakukan dan syukur dapat merialisasikannya dalam program ini.

"Memang terdapat pelbagai cabaran kerana semua aktiviti memerlukan kekuatan fizikal dan mental apatah lagi pada masa sama kami perlu mengacarakan program itu.

"Alhamdulillah bantak pengalaman baharu yang saya timba daripada Extreme Roadtrip," katanya.

Program arahan pengarah Nizam Zakaria itu sudah pun menemui penonton sejak 1 Oktober lalu di saluran Astro Bella (133) dan Astro Mustika HD (134) setiap hari Sabtu, 7 malam.

Tags / Kata Kunci: Ardell Aryana , Extreme Roadtrip

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan