Karier Nyanyian Anas Ridzuan Suram Kerana Fokus Berlakon

Diterbitkan: Ahad, 9 Oktober 2016 5:50 AM

Anas mengakui lebih selesa berlakon berbanding menyanyi. Foto Ihsan TV3.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Anas Ridzuan mengakui penyertaannya menerusi program Mentor musim keenam empat tahun lalu sebagai batu loncatan untuk menyertai bidang lakonan.

Anas, 27, berkata, itu adalah peluang untuk meneruskan impiannya sebagai pelakon kerana menyedari bukan mudah mendapat peluang lakonan sekiranya dia tidak dikenali.

"Sebelum saya menyertai Mentor dahulu saya pernah berlakon teater dan drama tetapi tidak banyak kerana persaingan terlalu kuat.

"Saya sedar perlu lakukan sesuatu bagi mencapai impian saya dan Alhamdulillah Mentor telah membuka jalan lebih besar kepada saya," katanya kepada mStar Online.

Untuk rekod, Anas mempunyai ijazah dalam bidang Filem, Teater dan Animasi daripada Universiti Teknologi Mara (UITM).

Anas dan Nadzmi menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Jalan-Jalan Makan Angin.

Dalam pada itu, Anas mengakui karier nyanyiannya suram kerana lebih banyak menumpukan perhatian kepada lakonan dan pengacaraan.

Bagaimanapun kata Anas, dia tidak pernah melupakan cabang seni tersebut dan sedang merancang untuk tampil dengan single baharu.

"Sejak Mentor tamat Alhamdulillah rezeki saya sebenarnya memang lebih banyak sebagai pelakon dan mungkin ada yang sudah lupa bahawa saya bermula dalam industri sebagai penyanyi.

"Saya tidak berkecil hati apabila karier nyanyian dilihat suram kerana memang kurang fokus kepada nyanyian sejak kebelakangan ini.

"Tetapi Insya-Allah saya akan tampil dengan single terbaharu selepas ini," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Anas berkata, selain sibuk dengan projek lakonan dia kini turut bertindak sebagai pengacara program travelog terbaharu iaitu Jalan Jalan Makan Angin (JJMA) yang disiarkan di TV3.

Katanya, menerusi program yang memaparkan tempat menarik di dalam negara itu dia bergandingan dengan pelakon Nadzmi Adhwa.

Jalan-Jalan Makan Angin bersiaran sejak 2 Oktober lalu, setiap Ahad pada pukul 11.30 pagi.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan