Zarul Husin Dapat Izin MAB Sertai 'Gegar Vaganza 3'

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2016 5:30 AM

Zarul memberitahu mendapat kebenaran daripada majikannya sebelum bersetuju menyertai program Gegar Vaganza 3. Foto AZHAR ARIF

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Umbrella  iaitu Zarul Husin tidak bimbang untuk mengambil cuti tanpa gaji secara berkala daripada majikannya Malaysian Airlines Berhad (MAB) bagi menyertai program realiti Gegar Vaganza musim ketiga.

Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin, 43, berkata, ini kerana pihak syarikat berpendapat penyertaannya dalam program berkenaan turut membawa nama syarikat penerbangan terbabit.

Zarul bakal terlibat dalam program Gegar Vaganza 3.

"Saya ambil cuti tanpa gaji secara berkala iaitu sebulan, sebulan dan kalau saya sampai peringkat akhir kira-kira tiga bulan jugalah.

"Pada awalnya pihak syarikat tidak benarkan, namun selepas mempertimbagkan semula perkara itu dan menganggap program itu merupakan program televisyen paling tinggi ratingnya, mereka luluskan.

"Mereka berpendapat secara tidak langsung saya turut membawa imej syarikat sekali," ujarnya.

Sementara itu, Zarul berkata, dia kini mula memasuki kelas vokal dan menjaga stamina sebagai persiapan untuk menyertai pertandingan tersebut.

"Sejak tahu saya akan mula bertanding ini saya ada ambil mengikuti kelas vokal secara kasual walaupun saya sudah lama menyanyi tapi banyak perkara tentang teknik-teknik nyanyian yang saya tidak tahu.

"Saya juga sering menonton program realiti seperti Akademi Fantasia untuk mendengar komen pengkritik dan ambil yang positi untuk persembahan saya," ujarnya.

Penyanyi lain yang turut bertanding ialah Ameng (Spring), Gmie (Screen), Razis Ismail, Rem, Shidee (Data) Nora, Intan Sarafina, Azharina, Elly Mazlein, Siti Sarah dan Zur Eda.

GV3 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 12 Oktober ini secara langsung dari Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Tags / Kata Kunci: Zarul , Gegar Vaganza 3

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan