Nora Letak Syarat Sertai 'Gegar Vaganza 3'

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 5:30 AM

Nora Arrifin tekad buat persembahan terbaik.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Nora Ariffin meletakkan syarat kepada pihak Astro agar membenarkan dia membuat persembahan yang tidak keterlaluan bersesuaian dengan imejnya sebagai wanita muslimah dalam program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3).

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 43, yang kebelakangan ini dikenali dengan lagu-lagu ketuhanan turut yakin mampu membawakan lagu yang diberi dengan caranya tersendiri.

"Saya sudah beritahu awal-awal kepada pihak Astro tentang perkara ini dan syarat serta batas yang perlu saya jaga ketika membawakan sesebuah lagu.

"Saya percaya lagu-lagu seperti genre dangdut atau rock boleh dipersembahkan dengan cara yang lebih kreatif dan versartil tanpa dilihat keterlaluan," ujarnya kepada mStar Online.

Nora merupakan salah seorang daripada 12 orang peserta yang bakal bertanding pada program GV3 bermula 16 Oktober depan.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema ini menganggap penglibatannya dalam program ini untuk mencabar dirinya menyanyi pelbagai genre.

"Ramai orang bertanya kenapa saya perlu masuk program ini sedangkan saya tidak hilang dari industri, ya, nama saya mungkin gah 10 tahun lalu.

"Generasi sekarang hanya kenal nama sahaja tapi dia tidak tahu kebolehan saya sebagai penyanyi. Lagi pula saya jarang aktif di televisyen," ujarnya.

Nora mahu tunjuk kebolehan menyanyi dalam pelbagai genre di GV3.

Sementara itu, Nora berkata, dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan kritikan juri profesional terhadap persembahannya nanti.

Namun, dia berharap komen-komen tersebut tidak menjatuhkan maruahnya sebagai seorang penyanyi.

"Saya bersedia dikomen oleh orang yang lebih profesional dalam bidang ini, saya juga banyak melakukan kesalahan dan ingin memperbaikinya.

"Tapi saya mohon kritikan tersebut biarlah yang membina dan bukan yang menjatuhkan maruah seseorang," ujarnya.

Tambah Nora,rakan-rakan sekelilingnya tidak membenarkan dia terlibat dengan program realiti tersebut berikutan tidak mahu dia dikritik.

Katanya, kebanyakan rakannya memberi reaksi negatif ketika diminta pendapat tentang program berkenaan.

"Saya ada bertanya dengan orang sekeliling tentang program ini dan kebanyakkan mereka tidak mahu saya masuk kerana takut saya kalah.

"Bagi saya kalah dan menang itu adat pertandingan dan naluri saya kuat ingin memasuki pertandingan ini," ujarnya.

Penyanyi lain yang turut bertanding ialah Ameng (Spring), Gmie (Screen), Razis Ismail, Rem, Shidee (Data) dan Zarul Husin (Umbrella), Intan Sarafina, Azharina, Elly Mazlein, Siti Sarah dan Zur Eda.

GV3 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 12 Oktober ini secara langsung dari Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Tags / Kata Kunci: Nora Ariffin , Gegar Vaganza 3

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan