Aziz M Osman Tak Kecil Hati Jadi Mangsa Lawak Isu Azizan Osman

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 6:00 AM

Aziz bakal mula penggambaran filem terbaharu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Aziz M Osman tidak berkecil hati apabila dia dijadikan bahan lawak dan sindiran segelintir pihak gara-gara mempunyai nama yang hampir sama dengan penceramah motivasi terkenal Azizan Osman.

Aziz, 53, berkata, dia menganggap perkara itu sebagai gurauan semata-mata dan bukan kerana mereka benar-benar keliru antara dirinya dengan penceramah terbabit.

"Saya anggap ia hanya gurauan sahaja dan tidak pun rasa kecil hati atau dipermain-mainkan. Cuma saya kasihan pihak sebelah sana (Azizan) yang menjadi mangsa bahan jenaka itu," ujarnya kepada mStar Online.

Aziz diminta mengulas apabila segelintir pihak yang menjadikan namanya sebagai bahan lawak sarkastik terhadap isu yang membabitkan penceramah motivasi Azizan Osman berhubung penafian penganugerahan Ijazah Kehormat dari Universiti Malaya (UM) dan dua universiti lain yang digunakannya.

Bagaimanapun, Aziz berkata disebabkan isu itu, namanya kembali diingati oleh orang ramai.

"Saya gembira nama saya disebut, ia bermakna mereka masih ingat saya sebagai pengarah filem biarpun saya sudah lama menyepi. Sekurang-kurangnya mereka tahu filem-filem yang saya arahkan sebelum ini," ujarnya.

Antara foto yang dimuat naik oleh Aziz M Osman di laman sosial Instgram miliknya.

Dalam perkembangan lain, Aziz berkata, dia kini dalam proses menghasilkan sebuah filem kerjasama dengan negara Indonesia yang bakal menjalani penggambaran pada Disember depan.

Filem tersebut bakal dibintangi oleh Neelofa dan Ashraf Muslim serta beberapa pelakon dari Indonesia.
Tags / Kata Kunci: Aziz M Osman , Azizan Osman

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan