Awie & Sharifah Ladyana Selamat Bernikah Di Songkhla

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 2:30 PM

Awie bergelar suami kepada Sharifah Ladyana. FotO Ihsan BH Online

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi rock Awie selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada wanita pilihannya Sharifah Ladyana Syed Samsuddin pada kira-kira 12.10 tengah hari pada Jumaat.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, bersama pasangannya itu bernikah di sebuah lokasi yang dirahsiakan yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

Bagaimanapun mStar Online difahamkan, pernikahan itu berlangsung di Songkhla, Selatan Thailand.

Pada majlis berkenaan Awie memakai baju berwarna hitam dengan selempang dan tanjak berwarna kuning manakala pengantin perempuan mengayakan baju kebaya berwarna serupa.

Majlis resepsi pasangan berkenaan akan diadakan pada sebelah malam Jumaat di lokasi yang sama iaitu di sebuah kawasan pantai.

Awie meminta lokasi pernikahannya dirahsiakan kerana bimbang ada pihak-pihak yang akan melakukan sabotaj terhadap majlis bahagia beliau itu.

Penyanyi itu telah mengikat tali pertunangan dengan Sharifah Ladyana di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 3 Jun lalu.

Sebelum ini Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira Anuar pada 1998 dan bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurnaikan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 16, dan Puteri Aleefa Antasha, 14.

Selepas perkahwinan itu, Awie berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand dengan  Rozana Misbun, 38, pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.

Pada 1 November 2014, Rozana dilaporkan berjaya mendapatkan tuntutan fasak secara taklik terhadap Awie dari pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla, Thailand.

Kes pengesahan perceraian mereka masih lagi berjalan di Mahkamah Syariah Shah Alam dekat sini.

Tags / Kata Kunci: Awie

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan