"Kita Tunggu Drama Apa Lagi Selepas Ini" - Elly Mazlein Sindir Faye Kusairi

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2016 2:09 PM

Elly Mazlein Elly Mazlein mendoakan kebahagiaan bekas suaminya Azmi Hatta dengan pelakon Faye Kusairi selepas wanita itu mendedahkan hubungan mereka. Foto AZHAR ARIF

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Elly Mazlein mendoakan kebahagiaan bekas suaminya Azmi Hatta dengan pelakon Faye Kusairi selepas wanita itu mengesahkan mengenai hubungan mereka.

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina, 36, berkata, dia gembira dan berterima kasih kepada aktres tersebut kerana akhirnya mengakui hubungan berkenaan.

"Apa-apa pun saya terhutang budi dengan Faye, terima kasih banyak-banyak... minta dia jaga Azmi baik-baik tau. Sebagai hadiah saya mendoakan kebahagaian mereka hingga ke jinjang pelamin," katanya kepada mStar Online menyindir pelakon wanita itu.

[SILA KLIK] Faye Kusairi Akui Bekas Suami Elly Mazlein Kekasihnya, Nafi Jadi Orang Ketiga

Elly mengulas pendedahan Faye Kusairi kepada mStar Online pada Khamis yang mengaku mempunyai hubungan cinta dengan bekas suaminya Azmi Hatta.

Faye mengakui berkawan rapat dengan Azmi Hatta.

Dalam pada itu ditanya apakah maksud yang ingin disampaikan Elly, pelakon ini berkata, orang yang membacanya akan faham tentang mesej yang ingin disampaikan itu.

"Biarlah siapa-siapa yang baca itu faham sendiri, kita tunggu sahaja apa lagi drama yang akan berlaku selepas ini. Alhamdulillah kebenaran akan terbukti sedikit demi sedikit," ujarnya.

Terdahulu, Faye dalam kenyataan di mStar Online  mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan pengarah berkenaan sejak Disember lalu selepas pemuda berkenaan bercerai dengan Elly.

Dia bagaimanapun, menafikan menjadi punca perpisahan pasangan berkenaan.

Sementara itu, sejak seminggu lalu, Elly sering memuat naik foto yang berbaur sindiran dengan beberapa hashtag tertentu sehingga menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

Antara foto yang dimuat naik Elly berbaur sindiran.

Antara hashtag yang ditulis Elly di laman Instagramnya adalah #BapaTakMelawatAnak, #BapaLepasTangan, #BapaKuOrangBujang, #KekasihBapaJealousTakBagiMelawatAnak, #KekasihkuDiperkatakanOrang dan #KekasihkuKononnyaDiFitnah.

Sindiran-sindiran berkenaan juga, dilihat seperti ditujukan kepada aktres berkenaan apabila terdapat nama Faye Kusairi pada foto terbabit.

Elly bagaimanapun, enggan mengulas dan menganggap apa yang dimuat naik hanya satu kenyataan di laman sosial.

Azmi dan Elly bercerai pada 15 Oktober 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang iaitu kira-kira 11 bulan berumah tangga.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan pada 9 Mac lalu.

Tags / Kata Kunci: Elly Mazlein , Faye Kusairi , Azmi Hatta

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan