Fahrin Ahmad Belajar Teknik Jaga Bayi Di Youtube

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2016 6:00 AM

Fahrin dan isterinya Elena Hani bersama anak mereka yang dilahirkan pada 29 September 2016.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fahrin Ahmad berkata, dia banyak membaca dan mempelajari teknik-teknik penjagaan bayi menerusi Youtube sebagai persedian menjaga bayi sulungnya yang dilahirkan pada 29 September lalu.

Fahrin, 37, berkata, dia terpaksa belajar sendiri selepas rancangannya untuk menghadiri beberapa kelas penjagaan bayi gagal berikutan jadual kerja yang padat.

"Setakat ini saya belajar menerusia bacaan dan Youtube sahaja, jururawat yang menjaga isteri saya juga banyak beri tips dan ajar perkara-perkara yang penting dalam penjagaan bayi.

"Pada asalnya saya rancang untuk masuk kelas tapi kerana jadual sibuk terpaksalah belajar sendiri dari semasa ke semasa," ujarnya kepada mStar Online.

Fahrin dikurniakan bayi lelaki selepas isterinya Elena Hani selamat bersalin secara normal pada Khamis lalu di Pusat Perubatan KPJ Damansara.

Aktor ini berkahwin dengan pramugari Elina Hani pada 9 Mei lalu.

Salah satu aksi Fahrin menjaga bayinya yang dimuat naik di laman Instagram pada Ahad.

Sementara itu, Fahrin berkata, dia turut berpeluang melalui satu pengalaman yang berharga dan tidak dapat dilupakan apabila berpeluang melihat isterinya melalui proses kelahiran bayi mereka.

Dia turut diberi keizinan untuk memotong sendiri tali pusat bayi berkenaan selepas selamat dikeluarkan.

"Ia adalah pengalaman paling berharga pada saya seorang suami. Saya melihat bagaimana isteri saya bertarung nyawa melahirkan anak kami.

"Macam-macam perkara muncul dalam fikiran saya ketika berada di situasi tersebut. Alhamdulillah akhirnya isteri dan anak selamat tanpa sebarang komplikasi. Ia juga secara tidak langsung mengingatkan saya kepada ibu yang pernah melahirkan saya dahulu," ujarnya.

Tambahnya, bayi tersebut turut berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan isterinya iaitu 29 Saptember.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia akan berkongsi kehidupan peribadi bayi itu dengan peminat seperti yang dilakukan kebanyakkan selebriti lain, Fahrin berkata dia belum memikirkan tentang perkara itu.

Bagaimanapun, Fahrin berkata, pendedahan yang terlalu banyak di laman sosial lebih memberi kesan negatif terhadap pembesaran bayi tersebut.

"Saya tidak fikir lagi tentang itu, cuma bagi saya dan isteri setiap perkara ada pro dan kontra. Namun dalam hal ini saya lihat lebih banyak negatif apabila terlalu didedah kepada umum.

"Namun saya akan berkongsi tentang perkembangan bayi menerusi Instagram saya dan isteri dari semasa ke semasa untuk tatapan peminat," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Fahrin Ahmad

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan