Elfira Loy Tidak Bimbang Randy Pangalila Tunangan Orang

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2016 12:41 PM

Elfira Loy tidak bimbang akan kembali dikaitkan dengan aktor Randy Pangalila.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Elfira Loy tidak berasa bimbang kembali dikaitkan dengan aktor Indonesia, Randy Pangalila apabila mereka bakal digandingkan dalam siri Oh My English! musim terbaharu.

Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 22, berkata, umum mengetahui dia dan Randy sekadar teman biasa tambahan pula pelakon itu sudah menjadi tunangan orang.

"Terkejut juga saya apabila diberitahu pihak produksi kami akan digandingkan sekali lagi dengan Randy kerana kami pun sudah lama tidak bertemu.

Randy Pangalila.

"Kalau ada yang hendak mengaitkan kami bercinta seperti mana berlaku dahulu saya tidak bimbang kerana ia tidak benar dan Randy pun sudah bertunang," katanya kepada mStar Online.

Elfira sebelum ini pernah bergandingan dengan Randy dalam drama bersiri Dalam Hati Ada Taman yang disiarkan menerusi Astro Ria.

Drama bersiri berkenaan berjaya mendapat rating tertinggi sehingga peminat mengaitkannya bercinta dengan Randy.

Pelakon kecil molek itu juga pernah dikaitkan bercinta dengan seorang lagi pelakon Indonesia iaitu Baim Wong sehingga Elfira diburu oleh media di negara tersebut.

Dalam pada itu, Elfira berkata, perkara itu terjadi mungkin disebabkan peminat menyukai keserasian mereka menerusi drama lakonan sehingga ia terbawa-bawa ke dunia realiti.

Bagaimanapun katanya, dia melihat situasi tersebut dari sudut positif kerana ia mampu memberi promosi kepada drama lakonannya.

"Seperti Dalam Hati Ada Taman ia drama bersiri pertama yang mendapat rating melepasi satu juta tontonan di Astro.

"Ia buktikan penonton menyukai drama itu selain keserasian di antara saya dan Randy menjadi," ujarnya.

Elfira, Sherry dan Ardell bergandingan sebagai hos program travelog Extreme Roadtrip.

Dalam perkembangan lain, Elfira berkata, dia bakal muncul dengan program travelog terbaharu iaitu Extreme Roadtrip yang turut mengandingkannya dengan Sherry Alhadad dan Ardell Aryana.

Kata Elfira, dia teruja dengan program berkenaan kerana selain berkongsi tip dengan penonton tentang tempat menarik untuk dilawati dia juga dapat melakukan aktiviti lasak yang mencabar.

"Ia bukan sekadar sebuah program travelog tetapi penonton dapat melihat sendiri kami melakukan beberapa cabaran yang sukar.

"Saya memang sukakan aktiviti lasak kerana ia mampu mencabar sejauh mana kekuatan diri kita dalam menempun sesuatu halangan.

"Banyak yang kami pelajari sepanjang tempoh menyiapkan program ini," jelasnya.

Extreme Roadtrip
bakal menemui penonton bermula 1 Oktober, setiap Sabtu pada pukul 7 malam di saluran Astro Bella (133) dan Mustika HD (134).

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan