Zila Seeron Sembunyi Belakang Almari Mengaku Salah Berkhalwat

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2016 2:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas isteri pelawak, Along (Cham) iaitu Zila Seeron dan pengurus syarikat, Mohd Khairul Azizi masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada Khamis kerana berkhalwat.

Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Syarie Azzeman Omar selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan yang dilakukan pada Ogos lalu.

Azzeman turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Saat-saat bahagia Zila berama Along dan anak mereka.

Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, dan Mohd Khairul Azizi Burhanudin, 32, yang bukan suami-isteri atau mahram didakwa atas tuduhan khalwat di rumah lelaki itu di Blok A-15-2,  Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil di sini, antara pukul 6.55 pagi sehingga 7.13 pagi, pada 13 Ogos 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu melakukan khalwat yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum selama dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Zila Seeron yang bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4) tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu kepada mahkamah agar dikenakan hukuman ringan dengan alasan baru saja bekerja dan tidak mempunyai wang yang mencukupi.

"Saya minta diringankan hukuman kerana saya baru sahaja bekerja dan gaji tidak mencukupi," ujarnya.

[SILA KLIK] Pelawak Along (Cham) & Zila (AF4) Cerai Talak Satu

Khairul Azizi yang juga tidak diwakili peguam pula memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana perlu menanggung anak dan menyesal dengan kesalahan yang dilakukan.

Kedua-dua mereka bagaimanapun membayar denda.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) iaitu Mohd Hafiz Abd Hamid.

Pada 29 Ogos lalu, Zila dan Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini.

Along sebelum ini medakwa isterinya berlaku curang apabila mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Hasil perkahwinan pada 2010, mereka dikurnaikan seorang anak lelaki iaitu Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun.

Menurut fakta kes,  anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) melakukan pemeriksaan berdasarkan aduan orang awam di satu unit apartment beralamat di A-15-2, Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.

Pada pukul 6.56 pagi, anggota penguatkuasa  telah menekan loceng, mengetuk pintu apartment tersebut sambil memberi salam lalu seorang lelaki  tidak memakai baju memaklumkan bahawa rakannya tidak memberi keizinan untuk membuka pintu berkenaan.

Anggota penguatkuasa bagaimanapun memberi amaran akan memecahkan pintu sekiranya penghuni apartment gagal memberikan kerjasama.

Selepas beberapa minit berlalu, penghuni tersebut masih enggan memberikan kerjasama dan hanya membuka sedikit pintu utama serta memaklumkan tidak akan membukanya.

Pada pukul 7.10 pagi, pihak penguatkuasa mula memotong mangga besi pada pintu jeriji  apartment tersebut.

Setelah berjaya memasukinya seorang lelaki berdiri berdekatan kerusi di meja makan.

Hasil pemeriksaan, lelaki tersebut dikenali sebagai Mohd Khairul Azizi Burnahudin iaitu tertuduh lelaki yang ketika itu memakai baju berwarna hitam dan berseluar panjang berwarna hitam.

Pihak penguatkuasa turut mendapati terdapat seorang perempuan yang sedang berdiri dan bersembunyi di belakang almari bilik dengan memakai baju T berwarna putih bercorak bunga dan berseluar panjang berwarna kelabu tanpa memakai tudung.

Anggota penguatkuasa seterusnya mengarahkan perempuan itu keluar dari tempat persembunyian dan bergerak ke ruang tamu dan hasil siasatan perempuan tersebut dikenali sebagai Nur Azilah Seeron.

Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua beragama Islam dan tiada hubungan mahram serta bukan suami isteri.

Tags / Kata Kunci: Zila Seeron

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan