'Romansa' Tema Konsert Krisdayanti Di Malaysia Tahun Depan

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2016 7:03 PM

Krisdayanti

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti berkata konsert solo Romansa Krisdayanti  yang bakal diadakan tahun depan di Malaysia merupakan batu loncatan untuk dia terus bergiat aktif agar diterima dalam industri muzik di negara itu.

Konsert di bawah pimpinan Aubrey Suwito itu dijangka berlangsung pada 24 hingga 26 Februari tahun depan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Krisdayanti atau mesra dengan sapaan KD, 41, berkata, peluang itu adalah impian dan doa yang menjadi kenyataan selepas hampir dua tahun dia kurang aktif kerana komitmen keluarga.

"Sejak memasuki pasaran muzik Malaysia pada 1998 dan bermula dengan lagu Menghitung Hari kerjaya saya mendapat sokongan yang besar daripada peminat di sana.

"Apabila ditawarkan untuk mengadakan konsert ini saya sangat teruja dan bersyukur kerana ia adalah penghargaan dan hadiah peribadi untuk saya selama hampir 20 tahun membina nama dan kerjaya di Malaysia," katanya kepada pemberita.

Krisdayanti ditemui pada sesi santai media Malaysia bersempena pengumuman konsert berkenaan di sini, petang Khamis.

Krisdayanti (dua dari kiri) bersama mereka yang terlibat dalam konsertnya.
Konsert anjuran syarikat Malaysia, Neo Global Sdn Bhd itu bakal menampilkan kira 27 lagu dalam masa dua jam.

Pada konsert itu, Krisdayanti berkata, dia akan menampilkan pelbagai gimik dan pengisian yang segar dan berbeza daripada mana-mana persembahannya selama ini.

Katanya, dia akan menampilkan konsep persembahan yang melambangkan keanggunan, kepahlawanan dan romantik bersesuaian dengan bulan kasih sayang pada Februari.

"Saya memilih tema Romansa Krisdayanti kerana ia adalah konsep wanita yang anggun dan keibuan, wanita yang hebat dan suasana romantis dan keindahan.

"Ia adalah sebuah konsert yang istimewa kerana buat pertama kali saya akan beraksi dalam konsert sendiri di Istana Budaya.

"Malah saya akan bekerjasama dengan semua karyawan muzik dari Malaysia sepenuhnya buat pertama kali dalam konsert, selain menampilkan beberapa penyanyi Malaysia nanti," katanya.

Katanya yang kali terakhir beraksi dalam konsert solo di Kuala Lumpur dua tahun lalu, harapannya agar konsert itu dapat menarik semua peminat di Malaysia kelak.

"Saya sangat berharap semua peminat termasuk golongan VVIP di Malaysia yang banyak menyokong kerjaya saya selama ini akan datang menonton kerana ia sangat bermakna buat saya.

"Saya mahu lihat penonton terutama lelaki yang hadir bukan sekadar menemani pasangan mereka semata-mata tapi terhibur dan menikmati konsert itu kerana mereka mengenali dan mengikuti kerjaya saya," katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada empat anak ini baru saja mengeluarkan dua lagu bahasa Inggeris berjudul In Love Again dan Sleep To Dream yang diterbitkan di Amerika Syarikat.
Tags / Kata Kunci: Krisdayanti

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan