"Tidak Lawat Anak, Tanya Saja Pada Elly Mazlein" - Bekas Suami

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2016 5:50 AM

Elly mendakwa bekas suaminya tidak melawat anak mereka selepas berpisah enam bulan lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas suami Elly Mazlein iaitu pengarah drama Azmi Hatta enggan mengulas tentang dakwaan kononnya dia gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa selepas bercerai dengan penyanyi tersebut pada 15 Oktober lalu.

Azmi, 40, turut meminta agar sebarang kenyataan tentang perkara itu dirujuk sendiri kepada pihak Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina, 36.

"Saya tiada apa-apa nak komen tentang perkara itu, apa-apa awak boleh bertanya kepada Elly sahaja.

"Doakan yang baik-baik sahaja okey," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Elly Mazlien mengakui membesarkan anaknya bersendirian.

Terdahulu pada Selasa, Elly Mazlein menerusi kenyataan pada sebuah akhbar memberitahu bekas suaminya tidak pernah melawat anak mereka Putri Sara Sefhia sejak dia dilahirkan enam bulan lalu.

Tambah Elly, pengarah tersebut tidak datang biarpun mahkamah memberi hak lawatan kepadanya seminggu sekali.

Selain itu, hal berkaitan nafkah akan dibicarakan di mahkamah pada 12 Oktober ini.

Elly dan Azmi berkahwin pada 9 November 2014, manakala mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan pada 9 Mac lalu.

Tags / Kata Kunci: Azmi Hatta , Elly Mazlien

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan