Aktif Menyanyi, Nadzmi Adhwa Tidak Akan Tinggalkan Dunia Lakonan

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 5:45 AM

Nadzmi Adhwa bakal tampil dengan single keduanya tidak lama lagi. Foto Ihsan TV3

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Nadzmi Adhwa tidak pernah merancang meninggalkan bidang lakonan hanya kerana dia kini dilihat serius dalam bidang nyanyian.

Nadzmi atau Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 24, berkata, keputusannya untuk bergelar penyanyi semata-mata ingin mengembangkan cabang dalam karier seninya tambahan pula dia memang meminati bidang nyanyian.

"Cinta saya masih pada lakonan dan tidak akan meninggalkan bidang itu hanya kerana kini saya aktif sebagai penyanyi.

Nadzmi bakal muncul dengan drama terbaharu iaitu Cinta Rollercoaster.
"Sejak dahulu saya memang minat menyanyi dan tidak salah rasanya saya mencuba apabila diberi peluang berbuat demikian," katanya kepada mStar Online.

Nadzmi ditemui pada sesi memperkenalkan program travelog terbaharu terbitan TV3 iaitu Jalan-Jalan Makan Angin (JJMA) di Sri Pentas di sini, Isnin.

Menerusi program berkenaan pelakon yang terkenal menerusi drama Hati Perempuan itu bakal bertindak sebagai pengacara bersama penyanyi, Anas Ridzuan.

Ia bakal menemui penonton bermula 2 Oktober ini, setiap hari Ahad pada pukul 11.30 pagi.

Dalam pada itu, Nadzmi berkata, dia bakal muncul dengan single keduanya berjudul Cinta Setia duet bersama penyanyi baharu Mia Henry.

Kata Nadzmi, lagu ciptaan Iman Imran dan Sharon Paul itu bagaimanapun akan disimpan terlebih dahulu bagi melihat impak terhadap single pertamanya Kamulah Wanita yang dijadikan lagu tema drama bersiri lakonannya iaitu Cinta Rollercoaster menerusi slot Dahlia di TV3 pada November depan.

"Menerusi lagu terbaharu saya akan menyanyikan secara rap dan ia sesuatu yang baharu dan berbeza daripada single pertama sebelum ini iaitu Kamulah Wanita.

"Tetapi saya simpan dahulu lagu ini kerana ingin memberi ruang kepada Kamulah Wanita yang akan dijadikan lagu tema Cinta Rollercoaster.

Nadzmi Adhwa dan Anas Ridzuan akan mengacarakan rancangan 'Jalan-Jalan Makan Angin'.

"Biarpun ia sudah lama dilancarkan namun kita ingin melihat respons peminat apabila ia dijadikan lagu tema drama bersiri itu nanti memandangkan sebelum ini ia kurang dipromosikan," katanya.

Sementara itu, bercakap tengang JJMA, Nadzmi berkata, dia teruja dapat bergandingan dengan Anas dan menyifatkan bekas peserta program Mentor itu sebagai seorang berbakat besar dan mempunyai pelbagai idea.

Jelasnya, dia mudah serasi dengan Anas dalam program itu kerana lelaki berkenaan seorang yang mudah mesra dan 'gila-gila'.

"Konsep travelog itu santai dan kami berdua perlu mewujudkan suasana itu dengan menampilkan personaliti sebenar kami.

"Alhamdulillah saya dapat pasangan yang cukup serasi dan membuatkan penggambaran program itu berjalan lancar dan menyeronokkan," katanya.

Tambah Nadzmi, menerusi JJMA juga  dia turut mempraktikkan ilmu lakonan apabila produksi mewujudkan jalan cerita sepanjang 13 episod kembara mereka ke seluruh Malaysia

Tags / Kata Kunci: Nadzmi Adhwa

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan