Lebih 1 Juta Tonton 'Jaga-Jaga' Kerana 'Abang Bomba I Love You'

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 6:00 AM

Amira tidak menyanka muzik video terbaharunya, Jaga-Jaga berjaya mendapat sejuta tontontan hanya dalam masa 10 hari ia dimuat naik di Youtube. Foto Insan Instagram @amiraothman

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Amira Othman tidak menyangka muzik video single terbaharunya berjudul Jaga-Jaga melepasi angka sejuta tontonan hanya selepas 10 hari dimuat naik di laman YouTube.

Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 23, berkata, kejayaan itu disifatkan memori manis buatnya kerana ia adalah hasil daripada kesabaran dan usaha mencipta nama dalam industri hiburan selepas berakhirnya program Akademi Fantasia 2013.

"Kejayaan itu juga adalah berkat doa ibu bapa yang tidak henti-henti menyokong walaupun pernah satu tahap saya rasa ingin mengundurkan diri daripada industri seni.

"Tetapi ini adalah hikmah berkat daripada kesabaran dan usaha yang pada akhirnya membuahkan hasil.

"Alhamdulillah peminat menerima Jaga-Jaga dengan baik dan angkat sejuta dalam tempoh 10 hari itu adalah usaha dan sokongan mereka," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Jaga-Jaga hasil ciptaan Ezra Kong, Ayden Aki dan Faizul Sany turut dijadikan lagu tema (OST) drama bersiri Abang Bomba I Love You yang turut menampilkan Amira dan Hisyam Hamid.

Jaga-Jaga buah tangan terbaharu daripada Amira.

Manakala muzik video adalah hasil arahan Salahuddin Sharif yang menjalani penggambaran selama dua hari di Melaka.

Dalam pada itu, Amira turut mengakui penerimaan baik Jaga-Jaga adalah disebabkan pengaruh drama bersiri berkenaan yang ketika ini sedang ditayangkan di Astro Ria.

Kata Amira, ia secara tidak langsung mempromosikan lagu berkenaan sekali gus membuatkan peminat membuat carian di YouTube sehingga mendapat tontonan yang tinggi dalam tempoh singkat.

"Tidak dinafikan Abang Bomba I Love You memang banyak membantu dari segi promosi dan Alhamdulillah ia semakin mendapat tempat di hati pendengar.

"Penerimaan baik ini juga membuatkan saya lebih bersemangat untuk tampil dengan lagu lain selepas ini," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai bidang lakonan, Amira berkata, dia bersyukur penampilan sulungnya dalam drama bersiri berkenaan telah membuka lebih banyak ruang apabila mula mendapat beberapa tawaran lain.

Bagaimanapun kata Amira, selepas penggambaran Abang Bomba I Love You tamat, dia ingin berehat seketika bagi mempromosikan Jaga-Jaga dengan lebih meluas.

"Sehingga sekarang saya tidak sempat lagi buat promosi Jaga-Jaga dan Insya-Allah selepas ini saya akan fokus kepada single terbaharu saya.

"Tentang lakonan, Alhamdulillah ada beberapa tawaran lain walaupun saya sangat baharu dalam lakonan tetapi mungkin saya berehat sebentar untuk tumpu pada nyanyian," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan