Zizan Razak Elak Komen Rasa Kurang Senang Emma Maembong

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2016 2:24 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pelawak Zizan Razak bertindak mengunci mulut daripada memberi komen berhubung kenyataan Emma Maembong yang berasa kurang senang seringkali dijadikan bahan jenaka oleh pengacara itu ketika mengacara sesuatu majlis.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 32, ketika ditanya mengenai luahan bekas keaksihnya itu sekadar memberi jawapan ringkas berhubung perkara berkenaan.

“Saya faham awak ditugaskan untuk bertanyakan tentang perkara ini tetapi saya minta maaf, saya tiada apa-apa nak komen berhubung perkara itu,” katanya kepada mStar Online.

Zizan ditemui sebaik sahaja selesai mengacarakan program Akademi Fantasia 2016 (AF2016)  di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam Ahad.

Terdahulu, Emma menerusi rakaman video terbitan sebuah portal berita meluahkan rasa terkilan apabila Zzian seringkali mengaitkan namanya ketika mengacarakan majlis.

Emma Maembong

"Kami sama-sama dah move on, jadi kenapa setiap program yang dia ada mesti nak kena ‘bahan’ (mempersendakan) saya. Memanglah kadang-kadang tak sebut (nama) tapi orang semua tahu ianya seperti dituju kepada saya.

"Saya pun dah tutup mulut tetapi sampai sekarang ni (dia) masih nak ‘bahan’ saya dan saya rasa perkara itu tidak bagus sebab saya dan keluarga saya pun ada perasaan juga," katanya seperti dipetik dalam rakaman video berkenaan.

Dalam perkembangan sama, ditanya tidakkah Zizan risau perkara itu akan lebih berpanjangan, pemuda itu dengan senyum sambil menggeleng kepala berkata, “saya tak nak komen apa-apa... maaf.

Sementara itu, pelakon filem Polis EVO ini juga dilihat memberi reaksi seperti kurang selesa sebelum bergegas meminta kebenaran untuk ke belakang pentas selepas selesai AF2016.

Dalam perkembangan lain, pada konsert suku akhir AF2016 kali ini, dua pelajar iaitu Ikram Dan Asha diumumkan sebagai pelajar tersingkir pada konsert minggu keenam yang membawa tema medley sekali gus menjadikan pelajar lain untuk bersaing pada konsert minggu seterusnya seramai tujuh orang.

Pelajar yang masih kekal adalah Afi, Ara, Rahila, Reshma, Amir, Zarol, dan Amal.

Konsert AF2016 disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan saluran serentak Ria HD (saluran 123) pada setiap hari Ahad, pukul  9 malam.

Tags / Kata Kunci: Zizan Razak , Emma Maembong

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan