Fasha Sandha Tidak Terbeban Jadi Ibu Tunggal

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 6:00 AM

Fasha Sandha tidak merasakan kehidupannya sebagai ibu tunggal sebagai satu bebanan atau dugaan yang terlalu berat seperti dibayangkan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha tidak pernah merasakan kehidupan ibu tunggal sebagai satu bebanan atau dugaan yang terlalu berat seperti dibayangkannya sebelum ini.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 32, sebaliknya berkata, dia sentiasa berpegang kepada agama selain yakin segala kejadian yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya.

"Sebenarnya dugaan sebagai seorang ibu tunggal tidak seperti yang orang lain fikirkan kerana jika kita berpegang kepada ajaran agama dan yakin semua yang berlaku ada hikmah, Insya-Allah akan rasa tenang.

"Apa yang paling penting kena teruskan kehidupan dan sentiasa positif," katanya kepada mStar Online.

Pada 20 Januari lalu, Fasha dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan dekat sini selepas empat tahun berkahwin.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 2, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia setahun.

Fasha muncul dengan drama bersiri Lara Aishah.

Dalam pada itu, Fasha berkata, walaupun jodoh bersama bekas suami tidak kekal lama namun dia tetap bersyukur kerana dikurniakan sepasang cahaya mata yang disifatkan sebagai kekuatannya.

Malah kata Fasha dia juga terharu apabila anak-anaknya sangat rapat di antara satu sama lain malah disayangi ahli keluarga dan rakan-rakannya.

"Saya perlu kuat kerana jika saya lemah mungkin saya senang ditindas tetapi Alhamdulillah Allah berikan saya dua kekuatan iaitu anak-anak saya.

"Terharu juga saya kerana mereka disayangi oleh ramai orang malah mereka rapat dan manja dengan bekas suami walaupun kami tidak lagi bersama," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fasha berkata, tahun hadapan dia sudah bersedia untuk membuka hatinya sekiranya bertemu dengan lelaki yang sesuai.

Bagaimanapun kata Fasha, dia tidak terburu-buru untuk mencari pengganti sebaliknya membiarkan ia datang secara semulajadi.

"Saya tidak pernah berasa sunyi sebenarnya kerana hidup saya padat dengan pelbagai perkara dan paling penting anak-anak keutamaan saya.

"Bagaimanapun saya bersedia untuk membuka hati jika bertemu dengan lelaki yang sesuai tetapi pada tahun hadapan," ujarnya.

Sementara itu, Fasha berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 100 episod iaitu Lara Aishah yang diadaptasi daripada siri telenovela Mexico popular La Loba yang diarahkan oleh Riza Baharudin.

Lara Aishah turut melibatkan pelakon terkenal seperti Nazim Othman, Jasmin Hamid, Datuk Eizlan Yusof, Shah Jaszle dan Dian P Ramlee.

Ia ditayangkan pada Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.

Tags / Kata Kunci: Fasha Sandha , Lara Aishah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan