'Konsert 3 Suara' Bangkitkan Nostalgia Lalu

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 12:10 PM

Persembahan hebat Zamani (dari kiri), Jamal dan Ameng dalam konsert 3 Suara di Istana Budaya, pada Rabu. Foto GLENN GUAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persembahan tiga legasi dalam satu pentas bagi menjayakan Konsert 3 Suara di Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Rabu berjaya memikat hati penonton.

Penantian bagi menyaksikan gandingan Datuk Jamal Abdillah, Ameng (Spring) dan Zamani (Slam) benar-benar berbaloi kerana lagu-lagu yang dipersembahkan membangkitkan nostalgia pada era 1980-an dan 1990-an.

Konsert berdurasi selama dua jam itu turut dibahagikan kepada tiga segmen iaitu solo, trio dan battle.

Persembahan pembukaan pada malam previu media itu menyaksikan Ameng muncul dengan lagu berjudul Mati Hidup Semula dendangan asal Jamal.

Zamani memberikan persembahan bertenaga.

Lagu itu disampaikan dengan penuh emosi apabila ia dilihat begitu dekat dengan perjalanan hidupnya selain kini sedang membina kehidupan baharu.

Tidak membiarkan penonton yang memenuhi ruang Panggung Sari menunggu lama, Ameng meneruskan persembahan menerusi lagu popularnya iaitu Sejiwa, Sepi Tanpa Cinta dan Bourgenvila.

"Lagu ini sudah berusia 20 tahun dan jarang saya nyanyikan. Tidak tahu pula ia berada dalam senarai persembahan.

"Atas permintaan Jamal, saya terpaksa study semula lagu ini untuk penghayatan yang lebih baik,” kata Ameng.

Ini merupakan persembahan pertama Ameng dalam sebuah konset berskala besar selepas dibebaskan dari penjara Kluang, Johor akibat penyalahgunaan dadah pada 14 Jun lalu.

Jamilul Hayat membuat kemunculan istimewa pada konsert berkenaan.

Sementara itu Zamani tidak menghampakan apabila membuat kemunculan menerusi dua buah lagu iaitu Kembali Merindu, Maria-Mariana, Kembali Terjalin, Syair Si Pari-Pari, Nur Kasih dan Manisnya Rindu.

Raja Pop, Jamal Abdillah melantun suara jantannya menerusi dua buah lagu iaitu Aku Penghibur dan Kau Lupa Janji yang diberi nafas baru, penuh beremosi dan tenaga.

Lagu lain yang dipersembahkan antaranya Ghazal Asmara, Ghazal Untuk Rabiah, Samrah Mentari, Bicara Cinta dan Azura.

Jamal mencari kelainan dengan membawa lagu Ziana Zain berjudul Kalau Mencari Teman yang disifatkan sebagai sebuah lagu yang mempunyai elemen muzik yang menariknya, sesuai dengan jiwanya.

Kemunculan Ameng menggamatkan Panggung Sari, Istana Budaya.

Hampir 16 tahun menghilang, Jamilul Hayat yang juga adik kepada Jamal turut diberi ruang mewarnai menerusi lagu Gelora Cinta, Saat Terpisah dan Mawar Putih Tanda Perpisahan yang disifatkan cukup memberi makna pada dirinya setelah hampir tiga dekad bergelar anak seni.

Bagaimanapun pada malam previu ini, terdapat sedikit kelemahan pada sistem bunyi namun Jamal berkata, pihaknya akan memastikan kelemahan itu dapat diatasi pada konsert sebenar yang akan bermula pada Khamis dan berakhir Ahad ini.

Konsert ketiga anjuran Binjamal Event ini mendapat sentuhan pengarah muzik Raja Mohd. Sham.

Tiket-tiket berharga RM108, RM158, RM258, RM358 dan RM458 boleh diperolehi melalui www.ilassotickets.com atau hubungi 03-21706333.

Tags / Kata Kunci: Jamal Abdillah , Zamani , Ameng , 3 Suara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan