Azlan Tangguh Bikin Album Elak Tanggung Rugi

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 6:01 AM

Azlan terpaksa menangguhkan penghasilan album terbaharunya kerana enggan menanggung kerugian. Foto ROHAIZAT MD DARUS

(Ubah saiz teks)

HULU KLANG: Penyanyi Azlan memberitahu dia terpaksa menunda rancangan untuk mengeluarkan album penuh pada tahun ini berikutan melihat trend muzik semasa yang tidak sesuai.

Azlan berkata, perkara tersebut bagi mengelakkan daripada menanggung kerugian jika album berkenaan tidak mendapat sambutan sebaliknya cukuplah menghasilkan single.

Azlan bakal muncul dengan sebuah konsert pada November depan.

"Saya dalam proses untuk hasilkan album dan rakam lagu. Ikut perancangan memang hendak keluarkan album tetapi dengan situasi sekarang ia tidak sesuai.

"Saya tunggu masa yang betul-betul tepat dan pendengar kembali kepada genre rock semula, kalau keluarkan sekarang takut buang masa sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Azlan ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Lambat Tinggal di Kafe Skrin, di sini, Rabu.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Azlan sendiri ini merupakan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi Onexox.

Katanya, lagu tersebut berbeza daripada tema cinta yang selalu dibawanya, ia lebih kepada memberikan semangat kepada pendengar.

"Ini lagu pertama yang saya bawakan berkaitan dengan semangat dan jika dengar lirik ia mampu manaikan semangat seseorang yang sedang bekerja," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azlan berkata, dia bakal muncul dengan sebuah konsert berjudul High Note 2016 yang akan diadakan pada 25 hingga 27 November depan.

Azlan tampil dengan single terbaharu, Lambat Tinggal.

Konsert yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya itu juga bakal melibatkan penyanyi terkenal Ziana Zain dan Jaclyn Victor.

"Konsert tersebut merupakan perancangan kami sejak tahun 2011 dan ia merupakan permintaan peminat-peminat yang mahu melihat gabungan penyanyi bernada tinggi.

"Ia adalah peluang yang baik buat saya untuk bergandingan dengan dua penyanyi terkenal Malaysia iaitu Ziana dan Jaclyn.

"Sebagai persiapannya, saya kini mula menjaga badan dan bersenam untuk mendapatkan stamina," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Azlan & The Typewriter

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan