Farah Anuar (AF2) Mahu Buat Kemunculan Semula

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2016 5:30 AM

Farah Anuar mahu membuat kemunculan semula dalam bidang muzik selepas lima tahun menghilangkan diri.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas peserta program Akademi Fantasia 2 (AF2), Farah Anuar berhasrat membuat kemunculan semula kerana teruja melihat karier rakan seangkatannya kembali menyinar selepas menyertai program realiti seperti Gegar Vaganza.

Farah atau Farah Diana Anuar, 31, berkata, setiap kali melihat peserta membuat persembahan perasaan rindu sentiasa muncul dan keinginannya untuk kembali beraksi di pentas semakin tinggi.

"Lima tahun saya menyepi dan sepanjang tempoh itu juga saya tidak pernah melupakan cinta saya terhadap bidang nyanyian.

Wajah terbaharu Farah.
"Teruja saya tengok kawan-kawan yang lama senyap tetapi sekarang kembali dikenali apabila ada yang masuk pertandingan atau pun muncul dengan single terbaharu.

"Oleh kerana itu juga saya sudah bersedia untuk kembali merancakkan karier seni dan Insya-Allah impian itu akan terlaksana," katanya kepada mStar Online.

Farah ditemui ketika hadir pada majlis pelancara beg tangan jenama Victoria Sloane by Rita Sosilawati di butik Fashion Valet di sini, Selasa.

Tambah Farah, dia juga mendapat restu daripada suaminya Johan Johari yang turut menyokongnya kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Dalam pada itu, Farah berkata, dia tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya nyanyiannya selepas berkahwin pada 2011 kerana itu adalah keputusannya untuk memberi fokus kepada keluarga.

Malah kata Farah, dia bersyukur kerana diberi peluang melihat dua cahaya matanya iaitu Elsa, (4 tahun) dan Mya yang kini berusia setahun membesar di hadapan matanya.

"Pengorbanan itu adalah pilihan saya sendiri dan Alhamdulillah saya gembira dapat melihat anak-anak membesar depan mata dan ia memori berharga buat saya," katanya.

Sementara itu, Farah berkata, dia kini sedang menyiapkan single terbaharunya yang dicipta oleh Zul 2 by 2 namun bakal melancarkan sebuah lagu lama yang dirakam semula dalam masa terdekat.

Masih merahsiakan tajuk lagu berkenaan, Farah berkata dia memilih lagu dari Indonesia itu kerana ia mempunyai nilai sentimental kepadanya sebagai penyanyi.

"Lagu berkenaan sering saya nyanyikan ketika menyertai pertandingan nyanyian dan ia sinonim dengan saya.

"Sebagai mengenang saat-saat sebelum bergelar penyanyi saya pilih lagu berkenaan untuk dirakamkan semula," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Farah Anuar

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan